Skuad kebangsaan Thailand menerima khabar yang kurang menyenangkan menjelang baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila pemain bintangnya, Chanathip Songkrasin mungkin tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan.
Menurut laporan Bangkok Post, Chanathip mengalami kecederaan lutut yang dialami ketika beraksi bersama kelabnya, Hokkaido Consadole Sapporo.
“Saya tidak pasti sama ada saya boleh membantu skuad kebangsaan dalam saingan peringkat kelayakan kali ini,” katanya.
Pada mulanya Chanathip dijangka menjalani pembedahan namun doktor menjelaskan kecederaan lutut yang dialami bekas pemain Muangthong United itu tidak seteruk yang disangka.
“Doktor memberitahu saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu. Saya tidak pernah menolak untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Jika saya cergas sepenuhnya, saya akan turun beraksi,” tambahnya.
Sama seperti Malaysia, Thailand mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu menentang Indonesia (3 Jun), Emiriah Arab Bersatu (7 Jun) dan Malaysia (15 Jun).
Skuad bimbingan Akira Nishino kini menduduki tangga ketiga dalam carta kumpulan G dibelakang Vietnam (11 mata) dan Malaysia (9 mata).
Baca artikel lain mengenai perkembangan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di sini:
TERKINI: Cerezo Osaka ‘Lepaskan’ Dang Van Lam Untuk Bersama Skuad Vietnam, Terbang Terus Ke UAE
Safawi Tidak Sabar Turun Berlatih Bersama Skuad Harimau Malaya
Tan Cheng Hoe Beri Sebab Mengapa Luqman Hakim Dan Arif Aiman Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan