Sebuah kelab bola sepak profesional Thailand, Police Tero FC yang juga merupakan kelab pemain kebangsaan Malaysia, Dominic Tan dilaporkan sudah menahan seorang staf kelab yang berisiko tinggi diuji positif COVID-19.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh laman web SiamSport, individu tersebut dikatakan menerima jangkitan COVID-19 selepas menghadiri satu perlawanan Muay Thai di Lumpinee Boxing Stadium pada 6 Mac 2020 yang lalu.

Selepas menahan mangsa, pihak pengurusan kelab Police Tero FC dengan segera mengeluarkan beberapa langkah yang diambil untuk mencegah penularan virus itu kepada orang lain.

  1. Semburan pembasmian dan pembersihan disemua kawasan pusat latihan serta di Boonyachinda Stadium.
  2. Pemasangan sistem CCTV di pusat latihan kelab bagi mengesan muka individu, dimana hanya pemain, jurulatih serta staf yang terlibat sahaja dibenarkan masuk ke pusat latihan.
  3. Mangsa dihantar untuk menjalani ujian di hospital selain menjejak rakan terdekat yang bersama mangsa untuk diuji.

Namun, Police Tero FC tidak mengambil ringan dengan isu yang berlaku ini dan mengingatkan semua pemain, jurulatih dan staf memantau tahap kesihatan serta simptom jika ada dan terus berjumpa doktor jika mengalami risiko jangkitan.

Diharapkan semoga pemain kebangsaan Malaysia, Dominic Tan tidak dijangkiti virus COVID-19 ini dan sentiasa berada dalam keadaan yang berprestasi tinggi selalu.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?

Filipina Sah Naturalisasi Penjaring Terbanyak AFC Cup Dari Sepanyol Serta Bekas Penyerang UiTM FC Dari Senegal

6 Liga Bola Sepak ASEAN Ditunda, 2 Berlangsung Tanpa Penonton, Liga Kemboja Tenang Berjalan Seperti Biasa

Sumber