Mauricio Pochettino dilaporkan telah mencapai kesepakatan dan setuju untuk jadi pengurus baharu Chelsea, menurut laporan Fabrizio Romano.

Baca Juga:

Di mana koresponden pakar perpindahan eropah itu sudah meletakkan ayat keramatnya, Here We Go – Pochettino ke Chelsea.

The Blues terikat seri 2-2 dalam aksi EPL semalam ketika melayan kunjungan Nottingham Forest.

Skuad itu kini dikendalikan sementara oleh interim Frank Lampard.

Dan peminat Chelsea sekurang kurangnya mendapat berita gembira bahawa kelab itu sudah berjaya memikat Pochettino sebagai pengurus baharu mereka.

Rundingan dengan Pochettino sudah bermula sejak April 2023. Dan fasa rundingan dilaporkan lancar dan positif.

Kini Chelsea dalam proses untuk mengumumkan pengurus itu kepada umum setelah Pochettino setuju menandatangani kontrak jangka panjang.

Chelsea sebelum ini memiliki beberapa nama lain yang dipertimbangkan termasuk Julian Nagelsmann dan juga Luis Enrique.

Namun akhirnya The Blues menguatkan tekad mereka memburu Pochettino yang tahu serba serbi bola sepak Inggeris dan kota London.

Sebelum ini Pochettino pernah mengendalikan kelab seteru sebandar Chelsea iaitu Tottenham Hotspur yang turut mencari pengurus baharu selepas pemecatan Antonio Conte.

Chelsea sebelum ini memecat Graham Potter selepas pengurus itu bergelut dengan prestasinya dan meletakkan Chelsea di luar 10 teratas.

Pochettino hanya akan memulakan tugas sebaik sahaja musim ini berakhir.

Frank Lampard – seperti dijanjikan – akan terus mengendalikan Chelsea pada baki perlawanan musim ini.