Mauricio Pochettino sudah rasmi memulakan tugasannya di Chelsea. Dan dia terus berikrar akan membantu Chelsea kembali mencabar kesemua trofi yang mereka bertanding selepas ini.
Ini 4 perkara yang peminat boleh harapkan daripada Mauricio Pochettino di Chelsea.
Pochettino: “It was easy to say yes to Chelsea. We'll work hard, play in a way the fans can enjoy football”. 🔵 #CFC
“The history of Chelsea is to win and be at the top. We can’t have up and downs”.
“In the last 10, 12, 15 years, Chelsea is the greatest team in England”. pic.twitter.com/av5JXdRg2H
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 3, 2023
1. Pembangunan bakat muda
Pochettino memiliki rekod trek yang sangat baik dalam pembangunan bakat muda ketika di Southampton dan Spurs.
Bezanya kali ini, Chelsea adalah pasukan mengejar piala. Bukannya seperti Southampton yang membangunkan bakat muda untuk dijual.
Di Spurs, campur tangan Levy seringkali membuatkan Pochettino tersepit antara – untuk memenangi piala atau kelab penjual.
Chelsea memiliki ramai pemain muda berbakat dan pemain di bawah 25 tahun yang hebat.
2. Membentuk DNA permainan
Musim lalu, Chelsea langsung tidak memiliki kesebelasan yang benar benar konsisten.
Pasukan mereka berterusan bertukar ganti untuk mencari kesebelasan terbaik.
Pochettino memulakan tugasan pada pra musim dan sudah tentunya para pemain sudah kenal dengan corak permainan dimahukannya.
Di mana dia gemar dengan penguasaan bola di tengah dan sangat direct bila di dalam kotak penalti.
3. Pengurusan bintang
Pengalaman di Spurs dan PSG adalah berbeza. Di Spurs dia dihormati oleh bintang bintang besar di sana.
Di PSG dia kurang dihormati dan membuatkan dia mengakui detik di PSG adalah sukar.
Namun di Chelsea dia boleh menggunakan pengalaman lalu untuk mengendalikan bintang bintang yang baru meningkat naik seperti Nkunku, Enzo Fernandez, Mudryk dan ramai lagi.
Tiada bintang yang benar benar ada rekod meminta layanan hollywood di Chelsea pada musim lalu.
Cuma masalah utama Chelsea kurang kepimpinan atas padang. Mereka cuma ada Azpilicueta dan Thiago Silva yang benar benar bersifat pemimpin.
4. Pengurusan pemain
Di Spurs, para pemain sanggup berjuang bermati matian demi Pochettino. Pesona dia meyakinkan pemain dan melayan karenah pemain membuatkan Spurs berjaya mengekalkan bintang seperti Eriksen, Kane dan Lloris dengan gaji terhad ketika kelab itu membina stadium.
Mereka menerima gaji yang terhad di Spurs. Namun kerana Pochettino, pemain pemain itu sanggup terus kekal dan berjuang bersamanya.
Namun malangnya, Pochettino tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi dan dipecat. Ianya kerana dia mulai meminta pengurusan tertinggi melabur membeli pemain selepas mereka mara ke final UCL.
Di Chelsea, Pochettino boleh menggunakan auranya untuk memastikan pemain pemain Chelsea, bercakap bahasa yang sama, bermain dengan taktikal yang sama dan sebagainya.
Pochettino pengurus yang boleh mengendalikan pasukan di dalam tekanan yang kuat.