Indonesia nampaknya sudah cukup bersedia untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 bulan depan apabila menewaskan Myanmar, 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Kompleks Sukan Emirhan, Antalya semalam.
Skuad kendalian Shin Tae-yong mengadakan kem latihan pusat di Turki sejak 11 November lalu dan sempat menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Afghanistan pada 16 November dimana mereka tewas tipis 0-1.
Dalam perlawanan menentang Myanmar semalam, gol skuad Garuda dijaringkan oleh Ricky Kambuaya pada minit ke-5, Irfan Jaya (12′), Witan Sulaeman (33′), dan Ezra Walian (55′). Sementara Myanmar memperolehi gol sagu hati menerusi Hlaing Bo Bo pada minit ke 73.
Ricky Kambuaya berhasil memaksimalkan umpan lambung dari Ezra Walian menjadi gol pembuka bagi Timnas Indonesia ❤️#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/q8I845OLci
— PSSI (@PSSI) November 25, 2021
Keputusan perlawanan itu sudah cukup untuk memberi amaran awal kepada pasukan dalam kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 terutamanya musuh tradisi, Malaysia setelah melakukan persiapan rapi selama beberapa bulan.
Walaupun perlawanan tersebut berlangsung di luar kalendar FIFA, namun begitu ia tetap menawarkan mata ranking kerana telah didaftarkan sebagai perlawanan persahabatan ‘FIFA A Match’.
Menurut Vocket FC Indonesia, kemenangan ke atas Myanmar memastikan pasukan Garuda mendapat tambahan mata 2.84 untuk menjadikan jumlah keseluruhan mata ranking FIFA kepada 984.02.
Berdasarkan jumlah mata tersebut, kedudukan ranking Indonesia dijangka akan naik satu anak tangga (165 dunia) dan berada dibelakang Bermuda yang mengutip 982.43 mata.
Selepas berkampung di Turki, mereka akan terus terbang ke Singapura pada 3 Disember 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah.
Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai