Perlawanan bola sepak di antara Malaysia menentang Indonesia dalam saingan Piala Suzuki AFF sentiasa menghadirkan pelbagai kontroversi dan mencuri tumpuan ribuan peminat di seluruh Asia Tenggara. Ia digelar sebagai Derbi Nusantara.
Pertemuan diantara kedua-dua negara serumpun itu lebih dari bola sepak. Ia melangkaui erti kemenangan dan juga kekalahan. Bagi Indonesia, ia adalah medan untuk menebus maruah. Manakala bagi Harimau Malaya, ia ibarat gelanggang untuk membuktikan kehebatan pasukan negara.
Menyedari aksi itu kemungkinan akan menarik kehadiran ribuan penyokong setia daripada kedua-dua buah negara, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) membuat keputusan untuk menetapkan venue perlawanan kepada Stadium Nasional Singapura yang mempunyai kapasiti lebih besar.
🏟 The 2020 @affsuzukicup Group B match between Malaysia vs Indonesia on Sunday, 19 December at 8:30pm SGT will be played at the Singapore National Stadium.#SupportLocalFootball #AFFSuzukiCup
📸 @affsuzukicup pic.twitter.com/589ggqq95Z
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) November 19, 2021
Manakala baki perlawanan lain dalam kumpulan B akan berlangsung di Stadium Bishan yang turut melibatkan pasukan Vietnam, Kemboja dan Laos.
Satu berita baik untuk skuad negara kerana mereka tidak perlu beraksi di atas padang rumput tiruan (Stadium Jalan Besar) yang kebiasaannya akan memberi kesukaran kepada pemain.
Stadium Nasional Singapura menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia yang akan membantu setiap pasukan membuat hantaran berkualiti dan mempamerkan corak permainan lebih baik.
Menurut jadual rasmi, Harimau Malaya akan menentang Kemboja pada perlawanan pertama pada 6 Disember dan kemudian menentang Laos pada 9 Disember. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada pukul 5.30 petang.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan bertemu juara bertahan, Vietnam pada 12 Disember sebelum menamatkan perlawanan di peringkat kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember.
Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadualkan pada 22 Disember hingga 26 Disember. Malah, perlawanan akhir juga berlangsung sebanyak 2 kali pada 29 Disember dan 1 Januari 2022. Semua perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional Singapura.
Sepanjang 12 edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali pernah bergelar juara pada edisi 2010 ketika dibimbing Datuk K. Rajagobal dan tiga kali muncul naib juara iaitu pada edisi 1996, 2014 dan 2018.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman