Menjelang aksi perlawanan pertama Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) esok, skuad negara berdepan sedikit masalah apabila penyerang JDT II, Shafi Azswad Sapari disahkan positif COVID-19 semasa tiba di Kemboja semalam.
Shafi dipanggil untuk menggantikan tempat sorang lagi pemain yang digugurkan kerana turut positif COVID-19. Namun begitu, khidmat beliau tidak dapat digunakan sekaligus memaksa Malaysia meneruskan kempen dengan 27 orang pemain.
“Ujian PCR sebelum berlepas dari KLIA adalah negatif tetapi beliau disahkan positif menerusi satu ujian ketika tiba di sini (Kemboja).
“Pendaftaran pemain telah ditutup semalam, jadi kami terpaksa meneruskan kempen dengan 27 pemain,” kata Ketua Jurulatih Malaysia B-23, Brad Maloney dipetik dalam Bernama.
Seorang lagi pemain skuad B23 negara diuji positif Covid-19 selepas Fahmi Daniel dan Safwan Mazlan. Shafi Azswad dari JDT II yang diterbangkan dari Kuala Lumpur untuk menggantikan Fahmi positif sebaik tiba di Phnom Penh, Kemboja.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 14, 2022
Dua pemain yang digugurkan kerana positif COVID-19 sebelum ini ialah Muhammad Safwan Mazlan dan Fahmi Daniel.
Skuad B-23 kebangsaan akan memulakan saingan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa, 15 Februari dan Laos pada Jumaat, 18 Februari, kedua-duanya di Stadium Prince, Phnom Penh.
Satu lagi pasukan yang sepatutnya berada dalam Kumpulan B bersama Malaysia iaitu musuh tradisi, Indonesia sudah menarik diri daripada persaingan akibat dibelenggu masalah kecederaan dan wabak melanda.
Memandangkan Indonesia telah menarik diri daripada kejohanan AFF B-23, @tv9malaysia akan menyiarkan siaran langsung perlawanan Thailand menentang Singapura pada 16 Februari ini. #AFFU23 pic.twitter.com/dlJNeUWLcx
— VOCKET FC (@vocketfc) February 11, 2022
Saksikan siaran langsung semua perlawanan yang melibatkan skuad Malaysia B-23 di saluran TV9 Di Hatiku bermula 15 Februari ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Piala AFF B-23: Empat Tonggak Utama Dipanggil Perkuat Benteng Pertahanan Malaysia
Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan
Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022