Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan empat tonggak yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu telah dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi saingan Piala AFF B-23 di Kemboja minggu depan.
Empat pemain tersebut iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar, kesemuanya dariĀ kelab Selangor FC.
Ketua jurulatih, Brad Maloney memanggil mereka untuk memperkuatkan benteng pertahanan yang dilihat agak goyah ketika aksi persahabatan bertemu Sabah di Kota Kinabalu pada hari sabtu lepas.
Senarai akhir 28 pemain yang dipilih mewakili negara dalam Piala AFF B-23 akan diumumkan pada hari jumaat ini.
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022 bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B menentang Myanmar pada 15 Februari 2022 di Stadium Prince, Laos pada 18 Februari 2022 di Stadium Prince dan Indonesia pada 21 Februari 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Keputusan undian rasmi Piala AFF B-23 2022.
3 juara kumpulan & 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir.#AFFU23 pic.twitter.com/WXLyrPqN4z
— VOCKET FC (@vocketfc) December 29, 2021
Seterusnya juara Kumpulan A, B dan C serta satu pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari 2022 manakala Final dijadual berlangsung pada 26 Februari 2022. Saingan kalah mati ini berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo.
Kumpulan A menampilkan tuan rumah Kemboja, Timor-Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi hanya tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan
Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022