Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan kelibat pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal bersama skuad bawah 23 tahun negara tidak menjadi kenyataan apabila namanya tidak disenaraikan untuk menghadapi Kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja minggu depan.
Ketua jurulatih Malaysia B-23, Brad Maloney mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan Wan Kuzri tidak dapat sertai skuad negara kerana mempunyai masalah peribadi.
“Ya, saya berhubung dengannya pagi tadi dan beliau masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Jadi, nampaknya kita tidak dapat membawa beliau bersama kali ini.
“Ini adalah sesuatu yang kami perlu tangani. Alangkah baiknya jika Wan Kuzri bersama kami. Dia sememangnya seorang pemain yang bagus tetapi kami perlu melangkah ke hadapan dan memberikan peluang ini kepada pemain lain dalam kejohanan ini,” kata Brad Maloney seperti dipetik dalam Bernama.
Walaupun terlepas Piala AFF B-23 namun Wan Kuzri tetap berada dalam perancangan Maloney untuk menghadapi 3 kejohanan penting iaitu Sukan SEA (Mei 2022) dan Piala Asia B-23 (Jun 2022) serta Sukan Asia (September 2022).
“Dia memang mahu sertai kejohanan ini (Piala AFF), Sukan Sea, Piala Asia, Sukan Asia dan kita akan sentiasa berhubung untuk melihat peluangnya bersama pasukan,” jelas Maloney.
Senarai akhir 28 pemain yang dipilih mewakili negara dalam Piala AFF B-23 akan diumumkan pada hari jumaat ini.
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022 bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B menentang Myanmar pada 15 Februari 2022 di Stadium Prince, Laos pada 18 Februari 2022 di Stadium Prince dan Indonesia pada 21 Februari 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Keputusan undian rasmi Piala AFF B-23 2022.
3 juara kumpulan & 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir.#AFFU23 pic.twitter.com/WXLyrPqN4z
— VOCKET FC (@vocketfc) December 29, 2021
Seterusnya juara Kumpulan A, B dan C serta satu pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari 2022 manakala Final dijadual berlangsung pada 26 Februari 2022. Saingan kalah mati ini berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo.
Kumpulan A menampilkan tuan rumah Kemboja, Timor-Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi hanya tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.
Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan
Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022
FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak