Skuad muda negara bermula dengan langkah kiri dalam kempen Piala Asia bawah 23 Tahun (B-23) selepas tewas 1-4 bertemu Korea Selatan pada aksi sulung yang berlangsung di Stadium Lokomotiv, Tashkent semalam.
Namun begitu, Ketua Jurulatih Korea Selatan, Hwang Sun-Hong menyifatkan ia bukan kemenangan mudah kerana anak buahnya dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan gol kerana Malaysia lawan yang sukar.
Ketika ketinggalan 0-2, Malaysia nyaris mempamerkan kebangkitan apabila Mukhairi Ajmal merapatkan defisit jaringan dengan menyudahkan hantaran cantik Nik Akif Syahiran dalam kawasan penalti sekali gus tenang membolosi gawang Korea Selatan pada minit ke-82.
GOL !!!
Korea Selatan 2-1 Malaysia83' Mukhairi Ajmal
AFC U-23 Kumpulan C pic.twitter.com/AU3EEFH8dm— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 2, 2022
Bagaimanapun, usaha pemain negara untuk mencari jaringan penyamaan tidak membuahkan hasil apabila mereka dihukum oleh Chu Yong-wook yang menjarigkan dua gol pada minit ke-88 dan 92.
“Sebagai penyerang, Cho Young-Wook melaksanakan tugas dengan baik apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh yang singkat. Ini permulaan yang bagus baginya sebagai pemain dan juga untuk pasukan.
“Perlawanan menentang Malaysia cukup mencabar dari segi mental dan fizikal. Ini bukan perlawanan yang mudah tetapi kami berjaya memenanginya dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain.
“Tiada kepuasan mutlak dalam bola sepak tetapi kami akan cuba memotivasikan pasukan untuk perlawanan seterusnya,” kata Hwang kepada AFC.com.
Pemain tengah Korea Selatan, Lee Kang In mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi memukau menentang skuad negara. Beliau kini beraksi bersama kelab La Liga, Real Mallorca turut mengakui Malaysia lawan yang kuat.
🤩 Lee Kang-in putting on a show!
#AFCU23 | #KORvMAS pic.twitter.com/AUxTYXEVoJ
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 2, 2022
“Kami bekerja sebagai satu pasukan menentang lawan yang sukar dan itu sebabnya kami berjaya mendapatkan keputusan yang bagus. Ada beberapa pemain baru dalam pasukan ini dan kami akan bekerja keras untuk dapatkan kemenangan dalam perlawanan seterusnya.
“Sudah hampir seminggu sejak saya mula bermain di bawah ketua jurulatih (Hwang). Saya rasa permainan saya akan bertambah baik apabila bermain lebih kompetitif dengan rakan sepasukan. Saya sangat gembira kerana berjaya menyumbang kepada kemenangan pertama pasukan,” kata Lee Kang In.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad bawah 23 tahun negara dalam saingan Piala Asia B-23.
Analisis Taktikal: 2 Falsafah Guardiola Digunakan Korea Selatan Menewaskan Malaysia
AFC B-23: Brad Maloney Tetap Puji Aksi Ditampilkan Anak Buahnya
AFC B-23: Korea Selatan Terlalu Unggul Buat Skuad Muda Negara