PGMOL mengeluarkan kenyataan maaf kepada Liverpool FC selepas kesilapan manusia menyebabkan gol Luis Diaz dibatalkan.

Baca Juga:

Liverpool tewas 2-1 dalam aksi menentang Spurs semalam. Dengan dua gol Spurs menerusi Son Heung dan gol sendiri Joel Matip. Liverpool mendapat gol tunggal menerusi Cody Gakpo.

EPL 2023/24: Spurs Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool Yang Bermain 9 Pemain

Luis Diaz menjaringkan gol awal dalam perlawanan ini, namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid. Lebih mengelirukan, tiada garisan ofsaid dipaparkan pada analisis VAR.

Kemudian penganalisis di BeIN Sports membuat analisis sendiri dan yakin gol itu bersih.

PGMOL yang merupakan badan yang berkuasa dalam khidmat pengadilan profesional di England turut menyalahkan VAR yang gagal memperbetulkan kesilapan manusia ketika gol Luis Diaz – merujuk kepada keputusan penjaga garisan yang menaikkan bendera ofsaid.

Menurut PGMOL, gol itu harus diberikan jika VAR berjaya campur tangan dengan sebaiknya dalam pengadilan gol tersebut.

Dalam kenyataan rasminya, PGMOL berkata: “PGMOL mendapat maklum bahawa ada kesilapan manusia [penjaga garisan] berlaku ketika separuh masa pertama perlawanan Tottenham dengan Liverpool.”

“Gol oleh Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid berdasarkan keputusan penjaga garisan di tepi padang.”

“Ini adalah jelas kesilapan yang jelas dan sepatutnya gol diberikan menerusi campur tangan VAR. Malangnya VAR gagal campur tangan dalam keputusan tersebut.”

“PGMOL akan melakukan tinjauan semula sepenuhnya ke atas perkara yang boleh menyebabkan kesilapan itu. PGMOL segera menghubungi Liverpool dalam rumusan perlawanan ini untuk memberitahu mereka tentang kesilapan ini.”

Kenyataan PGMOL itu jelas tidak disambut baik oleh pundit Sky Sports yang benar benar merasakan badan pengadilan England itu terus menuai kecaman daripada peminat.