Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo dalam satu kenyataan melalui laman sosial Facebook peribadi beliau sebentar tadi menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak untuk jawatan tersebut yang akan tamat pada penghujung 2020.
Peter de Roo dalam kenyataan itu juga memberitahu, beliau telah berjumpa dengan presiden FAM sendiri, Datuk Haji Hamidin untuk menyatakan berkenaan keputusan itu dan ini bermakna posisi tersebut akan menjadi rebutan beberapa calon yang sememangnya berminat sebelum ini.
Berdasarkan laporan oleh New Straits Times pada 13 Julai 2019, Peter de Roo ada menerima beberapa tawaran dari luar negara sebelum bersetuju untuk menyambung kontrak semasa bersama FAM.
Dengan keputusan yang dibuat itu menimbulkan beberapa persoalan berkenaan masa depan agenda-agenda penting bola sepak negara yang telah dilancarkan selepas Peter de Roo menggalas jawatan tersebut seperti F30 dan sebagainya.
Dijangkakan FAM akan mula mengatur strategi baru untuk mencari pengganti Peter de Roo bagi mengisi kekosongan mulai tahun 2021 supaya semua perancangan yang telah dan akan dilaksanakan akan berjalan lancar.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid Jamlus, Bakal Dipamerkan Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor
JFA Lantik Atsuto Uchida Sebagai Jurulatih ‘Role Model’, Tugasan Pertama Dengan Skuad Jepun U19