Isu kualiti pengadil membuat keputusan yang dilihat meragukan masih berterusan malam ini apabila pengadil perlawanan diantara PJ City bertemu Sabah, Zulkarnain Zakaria tidak memberikan sepakan penalti diambil semula oleh pasukan tuan rumah pada minit ke 92.

Apa yang menjadi persoalan adalah kedudukan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim yang sudah jauh terkeluar dari garisan gol sebelum sepakan diambil oleh Washington Brandao.

Dari video dibawah, dapat kita perhatikan dengan jelas isu yang menjadi bualan peminat bola sepak di Malaysia ketika ini terutamanya berkaitan pengadil perlawanan dalam saingan liga tempatan.

Rozaimie Rohim akhirnya berjaya menepis sepakan itu, namun pengadil dan pembantu pengadil seperti tidak berminat untuk membuat sebarang keputusan selepas penjaga gol Sabah ituterkeluar dari posisi.

Mengikut peraturan yang terkandung dalam IFAB 2019/2020, ini adalah prosedur untuk mengambil sepakan penalti;

  • Bola perlu pegun ditempat sepakan penalti.
  • Pemain yang akan mengambil sepakan dikenal pasti.
  • Penjaga gol berada digarisan gol, mengadap pemain yang akan mengambil sepakan, berada diantara tiang gol, tanpa menyentuh tiang, jaring, palang sehingga bola disepak.
  • Pemain yang mengambil sepakan perlu menendang bola kearah hadapan. Sepakan ‘backheel‘ dibenarkan sekiranya bola bergerak kehadapan.
  • Ketika sepakan diambil, sekurang-kurangnya sebahagian dari sebelah kaki penjaga gol perlu menyentuh garisan gol atau berada diatas garisan.

ifab

Penjelasan dibawah ini mungkin sedikit sebanyak memberikan penerangan yang jelas sekiranya penjaga gol melakukan kesalahan/tidak mengikut prsedur seperti yang telah ditetapkan.

ifab2

Bagaimanapun, kami rasakan perkara ini perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM apakah tindakan yang dibuat itu betul ataupun memang kesilapan dari pengadil dan penjaga garisan yang gagal mengesan perkara tersebut supaya semua peminat bola sepak lebih jelas dengan situasi tersebut.

Ia bukan sekadar berkaitan dengan perlawanan PJ City bertemu Sabah sahaja, tetapi turut melibatkan beberapa perlawanan lain dimana keputusan pengadil perlawanan dilihat meragukan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

TMJ: 1 Atau 2 Penalti Untuk Terengganu Dan 1 Kad Merah Untuk Dominic Silva, Pengadil Gagal Kawal Perlawanan Dengan Baik

Nafuzi Zain Jelaskan Punca Ketiadaan Faris Ramli Dalam Senarai Skuad Terengganu Berdepan JDT

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain