Ketiadaan nama pemain Faris Ramli dalam senarai skuad Terengganu berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam telah mengundang pelbagai andaian dari penyokong-penyokong Terengganu sendiri serta pemerhati bola sepak lain.
Namun, pelbagai cerita luar itu ditepis oleh ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain dimana beliau telah menjelaskan bahawa faktor kecergasan adalah punca utama Faris Ramli tidak disenaraikan langsung untuk perlawanan itu.
“Faris seperti saya dimaklumkan, mempunyai masalah kecergasan. Sebab tu Faris malam ni kita tidak senaraikan untuk memberikan peluang untuk dia beraksi dengan pasukan Terengganu II esok bagi mendapatkan match fitness.”
“Saya rasa untuk Faris, perlawanan malam ini (bertemu JDT) temponya terlalu tinggi untuk dia.”
“Situasi Faris ini, bila kita dah mula beraksi untuk perlawanan pertama (selepas disambung) baru dia menyertai latihan pasukan.”
“Compare dengan pemain lain, fitness level dia terlalu rendah sekarang ini untuk berkaksi dalam game seperti ini (berdepan JDT) memang tak sampai lah.”
Terengganu kini berkongsi 10 mata dengan 4 pasukan lain dan Kedah yang akan turun dalam perlawanan bertemu Felda United berpeluang untuk melonjak dikedudukan ke-2 liga jika berjaya menang.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Tonton Video Aksi Berani Mati Penjaga Gol Jadi ‘Frontliner’ Untuk Freekick Dari Luar Kawasan Penalti