Bekas pemain PKNS FC dan Terengganu FC, Faris Ramli kembali semula ke Liga Singapura apabila diumumkan sebagai pemain baharu kelab Lion City Sailors FC untuk musim 2021.

Pemain yang berusia 28 itu dibawa masuk untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan kerana Lion City Sailors turut akan beraksi dalam saingan AFC Cup.

Lion City Sailors merupakan kelab milik pengasas platform e-dagang Shopee iaitu Forest Li dan pengambilalihan itu menjadi satu petanda perubahan bagi bola sepak Singapura.

“Kami mengesahkan Faris Ramli telah menyertai pasukan untuk musim 2021. Beliau membuat keputusan untuk pulang ke Liga Premier Singapura setelah semusim bersama kelab dari Malaysia, Terengganu FC.

“Kehadiran pemain sayap itu akan menambah kelajuan, kreativiti untuk membantu mencapai matlamat pasukan,” kata kenyataan rasmi daripada kelab tersebut.

Ketika bersama Terengganu, Faris telah menjaringkan 3 gol dalam 9 penampilan Liga Super. Sebelum menyertai Terengganu, Faris cukup cemerlang dalam saingan Liga Singapura apabila menjaringkan 16 gol dalam 24 penampilan bersama Hougang United pada musim 2019.

Pemain yang membuat 56 penampilan bersama skuad kebangsaan Singapura ini turut menerima anugerah pemain terbaik Liga Premier Singapura pada musim 2019.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A

Hadi Fayyadh Mula Berlatih Bersama Azul Claro Numazu

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat