Atsuto Uchida yang baru-baru ini mengumunkan persaraannya sebagai pemain profesional, kini secara rasmi dilantik sebagai jurulatih bersama JFA.
Namun, peranan beliau dalam bidang kejurulatihan ini bukanlah sebagaimana kebiasaan yang kita lihat dan tahu kerana Uchida dilantik sebagai ‘Role Model Coach’!
Tiada butiran lanjut mengenai bidang tugas beliau selepas ini, tetapi melalui beberapa laporan berita bola sepak Jepun, Uchida akan memainkan peranan untuk membentuk pemain-pemain muda skuad kebangsaan Jepun berdasarkan pengalaman luas di eropah yang dimilikinya.
Sebagai permulaan, hari ini Uchida dijangka akan melaporkan diri di kem latihan skuad U19 Jepun untuk membantu para pemain yang pada usia ini mungkin tercari-cari ‘guidance’ yang sebenarnya untuk mencari tapak dalam dunia bola sepak profesional samada diperingkat domestik atau antarabangsa.
JFA melihat apa yang dimiliki okeh Uchida sebagai satu aset penting dalam proses pembangunan pemain muda dipelbagai peringkat umur dan ini adalah satu pendekatan terkini yang diambil bagi meneruskan legasi bola sepak mereka.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.