Pasukan juara dunia Perancis tampil dengan aksi luar biasa ketika melayan kunjungan Ukraine di Stade de France. Di mana skuad bimbingan Didier Deschamps berjaya menewaskan Ukraine dengan skor 7-1.
Olivier Giroud menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini. Sementara lima lagi gol Perancis dijaringkan oleh Eduardo Camavinga, Vitaliy Mykolenko (jaringan sendiri), Corentin Tolisso, Kylian Mbappe, dan Antoine Griezmann.
Ukraine ternyata bukan tandingan Perancis dalam perlawanan ini. Di mana pemain muda berusia 17 tahun, Camavinga menandakan debutnya dengan gol sulungnya untuk pasukan kebangsaan pada minit kesembilan perlawanan.
Camavinga menjadi pemain berusia 17 tahun kedua yang menjaringkan gol dalam sejarah Les Bleus selepas Maurice Gastiger pada 1914.
Eduardo Camavinga is only the second 17-year-old in the history of the senior men's national team to score for France.
And he's done it on his full debut for Les Bleus. 🤩 pic.twitter.com/T5epeLHgxc
— Squawka (@Squawka) October 7, 2020
Giroud kemudian menambah dua lagi gol menerusi Olivier Giroud pada minit ke-24 dan ke-34.
Giroud secara rasminya mengatasi Michel Platini dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis. Dan dibezakan hanya 9 gol dari Thierry Henry.
Olivier Giroud is now France's second top scorer in their history.
Just nine behind Thierry Henry 😤 pic.twitter.com/L8MjsC1VL6
— B/R Football (@brfootball) October 7, 2020
Malam teruk Ukraine diburukkan lagi dengan gol sendiri oleh Vitaliy Mykolenko pada minit ke-39. Perancis masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 4 gol tanpa balas.
Bersambung babak kedua, Ukraine menjaringkan gol saguhati menerusi Viktor Tsyhankov pada minit ke-53.
Namun gol itu hanya membuatkan Perancis lebih mengamuk dengan menambah 3 lagi gol.
Corentin Tolisso menjaringkan gol kelima pasukannya dengan satu permainan kombinasi yang disudahkan dengan sempurn pada minit ke-82.
https://twitter.com/i/status/1313941660968071171
Mbappe kemudian melakukan magisnya dengan gol keenam pasukannya. Mbappe memulakan gerakan dari kanan dan menggelecek masuk dengan permainan 1-2 bersama rakannya. Mbappe menewaskan penjaga gol dengan rembatan yang kemas.
Beliau kini sudah menjaringkan 15 gol untuk negaranya pada usia baru 21 tahun sahaja.
Kylian Mbappé has now scored 15 goals in 36 senior caps for France at the age of 21 years old.
Even if Olivier Giroud breaks Thierry Henry's record… he might not have it for long. 🤩 pic.twitter.com/IDgZwTirjZ
— Squawka (@Squawka) October 7, 2020
Bintang Barcelona, Antoine Griezmann memastikan beliau dalam senarai penjaring dengan gol ketujuh pasukannya pada minit ke-89.
Baca juga perkembangan lain
Luis Enrique Minta Penyokong Dan Media Sepanyol Bertenang Tentang Ansu Fati
Bukan Woodward, Tetapi Joel Glazer Yang Menentang Pembelian Jadon Sancho