Pep Guardiola dilaporkan telah menolak untuk mengambil bonus hasil kejayaannya mendapatkan treble.
Baca Juga:
- Marcus Rashford Akui Iri Hati Lihat Man City Treble
- Analisis: Peranan John Stones Dalam Taktikal Man City Sehingga Treble
- Dion Cools Raih Kejuaraan ‘Treble’ Bersama Buriram United
Sebaliknya dia memberikan bonus itu kepada staf kejurulatihan dan juga staf teknikal kelab termasuk tukang masak, kerani, pengawal keselamatan dan kitman.
Jumlah bonus itu bukan sedikit, tetapi mencecah £750,000. Ataupun sekitar RM4.4 juta. Angka itu akan dikongsi sama rata di kalangan staf staf tersebut. Ianya jumlah yang besar untuk mereka.
Di mana kelab sudah pastinya sudah ada bonus khas untuk mereka. Kini ditambah pula dengan bonus oleh Pep Guardiola.
Ianya sebagai tanda penghargaan Pep Guardiola kepada staf di Manchester City terutama sekali staf kejurulatihannya.
Guardiola tidak tahu cara nak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak membantunya selama ini.
Pep Guardiola dikenali sebagai pengurus yang rapat dengan staf bawahannya. Dan seringkali melayani mereka dengan baik.
Man City menamatkan musim 2022/23 dengan kejayaan treble. Memenangi EPL, Piala FA dan juga Liga Juara Juara Eropah.
Ianya mengulangi pencapaian oleh Manchester United pada 1998/1999 ketika di bawah era Sir Alex Ferguson.
Man City meraikan kejayaan mereka dengan mengarak ketiga tiga piala di sekitar bandar Manchester.
Detik itu pastinya kurang disenangi oleh pemain Man United seperti Rashford yang berdarah Mancunian. Rashford mengakui iri hati dengan kejayaan Man City musim ini.
Pep Guardiola memberikan kebenaran kepada para pemainnya untuk berparti sampai lebam sebelum sesi pra musim bermula sekali lagi selepas ini.