Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi mangsa kecaman para penyokong pasukan itu apabila sekali lagi melakukan kesilapan mudah ketika aksi pra musim menentang Athletic Bilbao semalam.

Baca Juga:

Kebimbangan penyokong United terbukti apabila Maguire melakukan kesilapan bodoh yang membawa gol pendahuluan Bilbao minit ke-29 hasil jaringan Nico William di Dublin.

Maguire menerima hantaran daripada pertahanan Aaron Wan-Bissaka namun kawalan longgarnya membolehkan bola dirampas penyerang lawan sebelum Nico Williams menewaskan penjaga gol Andre Onana.

Situasi itu menyebabkan menyebabkan penyokong Man United tidak tahan lagi dengan meluahkan kemarahan dan menggesa pemain itu dijual dengan segera.

Maguire beraksi selama 90 minit namun para penyokong United berpendapat beliau gagal membalas kepercayaan yang diberikan oleh Erik Ten Hag.

https://twitter.com/CantCancelLuke/status/1688354733239447552?s=20

Penyokong Red Devils pantas melepaskan kemarahan mereka di Twitter:

“Nyahkan Harry Maguire dari kelab, tidak tidak tahu sama ada dia kapten atau tidak.” ”

Seorang lagi berkata: “Saya sumpah dia tidak boleh beraksi. Musim sudah berakhir baginya.”

Peminat ketiga berpendapat: “Maguire tidak sepatutnya menjadi pemain bola sepak, lelaki ini buang masa sahaja,” manakala penyokong keempat dalam ciapannya berkata: “Maguire sangat goyah di belakang.”

Penyokong kelima menambah: “Ten Hag perlu menjual pemain ini asap, pergi dari sini.”

Sebelum ini kesilapan Maguire turut dibidas rakan sepasukannya yang juga penjaga gol baharu United, Onana ketika menentang Borussia Dortmund bulan lalu.

Insiden itu menarik perhatian dunia. Di mana Onana terdedah kepada situasi 1 vs 1 dengan Sebastian Haller gara gara pertahanan lemah Maguire.

Onana meluru ke arah Maguire dan memarahinya. Dia ternyata tidak berpuas hati dengan cara permainan bekas kapten United itu.