Selepas isu berkenaan ‘geng gendang‘ yang dikatakan akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan Kuala Lumpur City esok, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mencetuskan perkara yang tidak sepatutnya ‘dibualkan’.
Dalam ciapan terkini Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi, beliau dengan selamba melabelkan pasukan Kuala Lumpur City itu milik semua.
“Penyokong Kuala Lumpur City datangnya dari seluruh negara. Ramai atau tidak, soal kedua.”
“Kita bangkit dari bawah dengan sikap yang positif. Pemain Kuala Lumpur City ada dari Perak, Kelantan, Selangor, Terengganu hatta luar negara.”
“Kita pasukan ibu kota, pasukan milik semua.”
Penyokong KUALA LUMPUR CITY datangnya dari seluruh negara.Ramai atau tidak,soal kedua.Kita bangkit dari bawah dengan SIKAP yg positive.
Pemain KLC ada dari Perak,Kelantan,Selangor,Trengganu hatta luar negara.Kita pasukan ibu kota,pasukan milik semua. pic.twitter.com/eFqW0L59ec— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 29, 2021
Dari reaksi penyokong pasukan Kuala Lumpur City terhadap ciapan itu, jelas mereka panas dengan kenyataan yang dikeluarkan seperti diatas.
Ia seolah-olah telah meragut ‘pride’ mereka sebagai penyokong Kuala Lumpur City serta nampak seperti ada cubaan untuk ‘menangguk’ sesuatu melalui bola sepak.
Semoga penyokong sejati Kuala Lumpur City tidak termakan atau mudah ‘diperkudakan’ dengan ‘bual’ ini dan terus kekal memberikan sokongan tanpa berserabut dengan benda-benda karut yang hadir secara tiba-tiba ini.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Dominic Tan Ucap Selamat Tinggal Kepada Police Tero, Adakah Sabah FC Destinasi Seterusnya?
Video Kad Merah Safiq Rahim “Headbutt” Faisal Halim Persis Insiden Zidane Dengan Materazzi