Terengganu FC (TFC) terus mencatat kemenangan dengan penuh bergaya apabila berpesta gol membelasah Sri Pahang (TFC) 4-2 sekaligus mara ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2022 dengan agregat 9-3.
Baca Juga:
- Dollah Salleh Tak Tahu Punca Pertahanan Sri Pahang Hancur
- 6 Buah Bas Elephant Army Ke Terengganu Beri Sokongan Padu
- Sri Pahang vs Terengganu: Skuad Penyu Bawa Pulang Kelebihan Selesa
- Syarat Faisal Halim Jika Mahu Kekal bersama Terengganu
Tok Gajah hadir dengan misi untuk bangkit memadam defisit jaringan 5-1 ketika tewas dalam perlawanan pertama di Kuantan namun ia tidak menjadi kenyataan apabila bolos seawal minit ke 2.
Jaringan tersebut dihasilkan oleh Kpah Sherman yang mudah menanduk masuk menewaskan Mohamadou Samassa selepas menerima hantaran daripada Faisal Halim.
2' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat perlawanan kedua berturut-turut!@FCTerengganu 1-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/BIkDyGziFB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Keadaan padang yang basah juga tidak membantu Sri Pahang dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh TFC untuk melakukan serangan balas sehingga memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan.
Usaha skuad kendalian Nafuzi Zain itu membuahkan hasil apabila Faisal Halim menambah gol kedua pada minit ke 29 selepas menerima umpanan daripada Kpah Sherman dalam kawasan kotak penalti.
29' GOL | Faisal Halim menyudahkan umpanan Kpah Sherman untuk gol kedua!@FCTerengganu 2-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/x53lQPf04s
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Tok Gajah cuba bangkit mencari jaringan pertama namun gandingan 3 serangkai iaitu Rodriguez, Lee Tuck dan Manuel Hidalgo gagal menembusi benteng pertahanan TFC yang beraksi dengan cukup berdisiplin.
5 minit kemudian, giliran pemain pertahanan kanan TFC, Azam Azmi Murad menambah gol ketiga hasil hantaran ‘through pass’ daripada Faisal Halim yang mengucar-kacirkan benteng pertahanan Tok Gajah.
35' GOL | Giliran pemain pertahanan, Azam Azmi Murad mencatat nama sebagai penjaring!@FCTerengganu 3-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/DXLsYhBA5c
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
10 minit sebelum tamat separuh masa pertama, TFC terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Shahrul Nizam dilayangkan kad merah kerana didapati menarik baju penyerang import Sri Pahang, Rodriguez.
Bagaimanapun, Tok Gajah gagal mengambil kesempatan terhadap kekurangan pemain tuan rumah sebaliknya melakukan kesilapan dengan memberikan sepakan penalti.
Kpah Sherman menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekaligus memastikan TFC mendahului dengan 4-0 sebelum tamat separuh masa pertama.
45' GOL | Kpah Sherman menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat Terengganu!@FCTerengganu 4-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/2hcf9Ofz1A
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Memasuki separuh masa kedua, Tok Gajah mula mempamerkan kebangkitan dan lebih banyak memberi tekanan kepada benteng pertahanan TFC.
Pada minit ke 71, Lee Tuck berjaya memecahkan kebuntuan apabila merembat masuk bola yang ditampan oleh pemain pertahanan TFC. Jaringan itu disahkan oleh pengadil kerana penjaga gol TFC, Suhaimi didapati menangkap bola melepasi garisan gawang gol.
71' GOL | Lee Tuck merapatkan kedudukan buat Sri Pahang FC!@FCTerengganu 4-1 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/2wHGtT7sil
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Sri Pahang terus bernafsu menambah gol kedua menerusi Rodriguez yang merembat kencang bola hantaran Lee Tuck menewaskan Suhaimi pada minit ke 84.
84' GOL | Rembatan Steven Rodriguez menewaskan Suhaimi Husin untuk gol kedua Sri Pahang FC.@FCTerengganu 4-2 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/g6M2dRFhV2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Namun begitu, kebangkitan tersebut agak terlambat kerana mereka memerlukan 7 gol untuk memadam defisit jaringan. Dengan kemenangan itu, TFC akan bertemu finalist Piala AFC, Kuala Lumpur City (KL City) di peringkat suku akhir pada 6 dan 11 November 2022.