Pemain import Selangor, Yazan Al Arab memperolehi pengalaman yang berharga apabila diturunkan dalam kesebelasan utama mewakili negaranya, Jordan menentang gergasi eropah, Sepanyol pada perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi tadi.
Baca Juga:
- AFC Cup 2022: Pemain Kebangsaan Jordan Perkuat Jentera Tengah Kedah
- Tan Cheng Hoe: Masih Banyak Perkara Perlu Diperbaiki Selangor
- Selangor Bakal Miliki Stadium Tercanggih Di Asia Tenggara
Yazan mendapat perlepasan daripada skuad Selangor kerana perlawanan itu berada dalam kalender FIFA sekaligus terlepas aksi separuh akhir TM Piala Malaysia 2022 menentang Terengganu.
Selain Yazan, satu lagi pemain dari Liga Malaysia yang beraksi dengan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi turut diturunkan dalam kesebelasan utama di posisi sayap kiri.
Ketika perlawanan tersebut, Sepanyol menurunkan barisan terkuat mereka dan mencatat kemenangan 3-1 hasil jaringan Ansu Fati, Gavi dan Nico Williams manakala Jordan berjaya mendapat gol saguhati menerusi Hamza Al Dardour.
Sepanyol yang dibimbing oleh Luis Enrique menjadikan perlawanan ini sebagai pemanas badan dan sebahagian daripada persiapan menghadapi Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar bermula pada 20 November ini.
Mereka terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 13 selepas bintang muda Barcelona, Ansu Fati merembat masuk dalam kawasan kotak penalti hasil umpanan daripada Marco Asensio.
https://twitter.com/messi_anonymous/status/1593278353200611328?s=20&t=ZTTg7htOpw7NRhqLNrg-0g
Tersentak dengan jaringan tersebut, Jordan cuba bangkit mencari gol penyamaan namun perbezaan kualiti pemain jelas kelihatan dalam perlawanan ini sehingga memberikan kesukaran kepada mereka untuk menembusi benteng pertahanan Sepanyol.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun Sepanyol kembali menambah satu lagi gol 15 minit selepas separuh masa kedua bermula.
Kali ini menerusi Gavi yang bijak memperdayakan benteng pertahanan Jordan yang dikawal oleh Yazan lalu melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol tuan rumah.
https://twitter.com/messi_anonymous/status/1593292606582185985?s=20&t=ZTTg7htOpw7NRhqLNrg-0g
Pada minit ke 84, giliran pemain Atletic Club, Nico Williams menambah gol ketiga menerusi rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti selepas menerima hantaran daripada Yeremy Pino.
https://twitter.com/SpainSystem/status/1593299172974907392?s=20&t=YiKMj58sZzGJPcZMbrmKvg
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 3-0 namun penyerang Jordan, Hamza Al Dardour sempat menjaringkan gol sagu hati di minit akhir selepas menerima hantaran daripada Mohammad Abu Zrayq.
مباراة ودية
قوووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووووول للنشاما
الاردن 1-3 اسبانيا
تابع الحساب الاساسي : Via:@CARTER7ii pic.twitter.com/kC3EoRUHH3
— تغطططططططططيات (@dvcgtfrw) November 17, 2022
Selepas ini, Sepanyol akan menentang Costa Rica dalam perlawanan pembukaan kumpulan E pada 24 November. Kumpulan tersebut turut disertai oleh pasukan pilihan, Jerman dan wakil Asia, Jepun.
Baca lebih lanjut mengenai panduan lengkap Temasya Piala Dunia 2022 melalui pautan dibawah.
https://exclusive.thevocket.com/panduan-lengkap-temasya-piala-dunia-qatar-2022