Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam telah memutuskan untuk menunda Kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) ekoran situasi pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh negara tuan rumah, Uzbekistan selain sekatan perjalanan yang masih dikenakan oleh beberapa negara yang terlibat dalam pertandingan itu.
Penundaan ini dilihat memberi satu kelebihan besar buat penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim yang ketika ini beraksi dalam saingan Jupiler Pro League Belgium bersama KV Kortrijk.
That feeling when you score your first goal! 😍🙌
🔴⚪️ #WeDoenVoort pic.twitter.com/cYaDGvn6B8
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 6, 2020
Dengan tiadanya perlawanan antarabangsa sehingga hujung tahun ini, Luqman kini boleh memberikan sepenuh perhatian dalam sesi latihan sekaligus menawan hati pengurus pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk memberikan Luqman peluang bagi membarisi kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan liga.
Luqman telah menampilkan prestasi cemerlang baik bersama skuad B-21 tahun KVK dan juga skuad senior dimana beliau telah menjaringkan gol ketika diturunkan. Baru-baru ini, bekas pemain Selangor 2 itu menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan skuad senior.
🙌 WHAT A DEBUT! 🙌
First game, first goal for Luqman Hakim! 😍
🔴⚪️ #COYR pic.twitter.com/b3lZLHJhyg
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 5, 2020
Penting untuk Luqman segera terlibat dalam perlawanan liga bagi membantu beliau untuk mempercepat proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak Belgium.
KV Kortrijk ketika ini berada di tangga keempat dalam carta Jupiler Pro League. Pasukan ini mengutip tujuh mata selepas empat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk
Luqman Hakim Sertai Sesi Latihan Skuad Senior Buat Kali Pertama