Pemain dari rantau Asia sememangnya tidak pernah gagal untuk menampilkan persembahan terbaik mereka dalam temasya besar seperti Piala Dunia.
Baru-baru ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat satu undian bagi menentukan pemain terbaik Asia yang beraksi di pentas Piala Dunia.
Dalam undian tersebut, penjaga gol tinggi lampai skuad kebangsaan Iran, Alireza Beiranvand diangkat sebagai pemain terbaik Asia yang beraksi di Piala Dunia setelah menerima 66 peratus undian sekaligus menewaskan calon lain dari Jepun, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi.
Meskipun hanya beraksi dalam satu temasya sahaja iaitu pasa edisi 2018, namun Alireza mendapat pujian setelah beliau menampilkan persembahan terbaik.
Detik paling diingati tentu saja apabila beliau menyelamatkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo ketika Iran berdepan Portugal pada perlawanan peringkat kumpulan.
Meskipun Alireza Beiranvand tampil dengan cemerlang, namun Iran gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan B.
Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda menghuni tangga kedua selepas mendapat undian sebanyak 24 peratus.
Honda telah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia bersama Jepun dan beliau turut mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak Asia dalam temasya tersebut dengan 4 gol.
Lain-lain pemain yang turut dicalonkan ialah bekas pemain Australia, Tim Cahill, bekas ketua pasukan Korea Selatan, Park Ji-sung dan bekas penyerang Arab Saudi, Sami Al Jaber.
Barisan pakar bola sepak Asia serta peminat mengambil bahagian dalam undian yang dijalankan oleh AFC kali ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Pemain Thailand Di J. League Kongsi Rutin Harian Ketika Tempoh “Lockdown”
Johan Dion Cools Berminat Untuk Sarung Jersi Skuad Kebangsaan
Media Vietnam Berikan 4 Sebab Mengapa Sukar Untuk Nguyen Quang Hai Beraksi Di Luar Negara