Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools menyuarakan minat beliau untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya mendapat panggilan.
Dalam satu wawancara bersama Astro Arena, pemain yang beraksi bersama FC Midtjylland salam saingan Danish Superliga itu bersedia untuk mempertimbangkan bagi beraksi bersama Malaysia.
Dion Cools minat untuk sarung jersi kebangsaan?@Djcools_21@edleenismail pic.twitter.com/HaPPASdgJo
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 18, 2020
“Sudah tentu saya berminat. Sehingga saat ini saya masih belum menerima tawaran rasmi. Jadi saya tidak perlu membuat sebarang pilihan buat masa sekarang.
“Di satu sisi saya berasa bangga menjadi orang Malaysia. Namun di sisi lain, saya juga bangga sebagai orang Belgium kerana saya merupakan kacukan. Ianya satu perkara yang baik.
“Saya juga terkesan dengan sokongan yang diberikan oleh peminat. Mereka memberikan komen dan menghantar pesanan kepada saya meminta untuk beraksi bersama Malaysia. Namun buat masa ini, saya tidak terlalu memikirkannya,” kata Johan Dion Cools.
Dion Cools merupakan salah satu pemain kacukan Malaysia yang beraksi di luar negara. Seorang lagi pemain ialah Wan Kuzain Wan Kamal yang ketika ini beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS).
Jika Dion Cools benar-benar mahu beraksi bersama skuad Harimau Malaya, maka beliau harus bersaing dengan dua pemain iaitu Matthew Davies dan Syahmi Safari yang setakat ini menjadi pilihan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mengisi posisi pertahanan kanan.
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:
Johan Dion Cools Terlepas Peluang Raih Kejuaraan Liga Pro Belgium
Johan Dion Cools Bantu FC Midtjylland Kukuhkan Kedudukan Di Puncak Danish Superliga
Johan Dion Cools Bantu FC Midtjylland Raih Kemenangan Pada Penampilan Pertama