Selepas pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengeluarkan tarikh penting mengenai perlawanan untuk baki pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, ramai yang sudah mula mencongak situasi yang mungkin dilalui oleh pasukan masing-masing.

Dalam saingan kumpulan G, 4 pasukan masih berpeluang untuk layak ke pusingan akhir kelayakan dan baki perlawanan yang akan tamat pada bulan Jun 2021 nanti adalah amat penting sekali.

Vietnam selaku pendahulu kumpulan ketika ini merasakan mereka memiliki kelebihan yang lebih besar kerana memerlukan 4 hingga 6 mata sahaja bagi mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Semalam, sebuah media Vietnam menerbitkan sebuah artikel yang seolah-olah pasukan bimbingan Park Hang-seo itu tiada masalah untuk menumpaskan Indonesia selain mengandaikan Malaysia tidak dapat turun beraksi akibat sekatan seterusnya memberikan kelebihan untuk mereka.

thethao247

“Perlawanan 8 yang dijadualkan pada 30 Mac 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan Vietnam memerlukan 4 hingga 6 mata dalam 3 perlawanan terakhir.”

“Dengan kebarangkalian untuk menang keatas Indonesia adalah sangat besar, begitu juga jika Malaysia tidak dapat turun beraksi, skuad Park Hang-seo dengan mudah meraih tiket ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2022 serta mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023.”

Nampaknya mereka dengan begitu mudah dan yakin dapat mengutip 6 mata penuh dari perlawanan bertemu Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan akan datang tanpa sedar mereka sebenarnya ‘cuak’ untuk hadap 2 pasukan ini nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Liga Super Malaysia 2020 Catat Lebih 15 Juta Tontonan Hanya Untuk 7 ‘Matchday’ Sahaja Di Youtube

2 Jaringan Bekas Penyerang JDT, Alhaji Kamara Bantu Sierra Leone Ikat Nigeria 4-4 Selepas Ketinggalan 4 Gol

Sumber