Hampir kesemua aktiviti bola sepak di seluruh dunia dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Saingan liga nombor satu di Asia, J. League juga tidak terkecuali dimana mereka menangguhkan semua perlawanan liga sejak Mac lalu.
Baru-baru ini, pemain Thailand yang berpangkalan di negara tersebut iaitu Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan berkongsi rutin harian yang dilakukan mereka sambil menunggu saingan kembali bersambung.
Keempat-empat pemain ini lebih memilih untuk kekal berada di Jepun meskipun negara itu mengambil langkah untuk menjalankan lockdown bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Theerathon yang beraksi bersama Yokohama F Marinos menyatakan beliau banyak melakukan aktiviti seperti bersenam dan berjoging di sekitar rumah.
Rutin ini dilakukan oleh pemain pertahanan berusia 29 tahun itu bagi memastikan tahap kecergasannya berada pada keadaan terbaik.
Manakala bagi pemain yang baru sahaja berhijrah ke saingan J. League, Kawin Thamsatchanan pula berkata beliau kini dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan di Jepun setelah sebelumnya beliau tinggal di Belgium apabila beraksi bersama OH Leuven.
Kawin memutuskan untuk menyertai Hokkaido Consadole Sapporo bagi saingan musim 2020 sekaligus menjadi rakan sepasukan kepada Chanathip Songkrasin.
Saingan J. League dijadualkan untuk kembali bersambung pada 9 Mei, bergantung kepada situasi semasa sama ada penularan dapat dikawal ataupun sebaliknya.
Baca artikel lain mengenai saingan J. League di sini:
J.League Sediakan ‘Pinjaman Kecemasan’ Berjumlah RM480 Juta Untuk Semua 58 Buah Kelab
JLeague Capai Persetujuan Semua Kelab Untuk Laksanakan Tiada ‘Relegation’ Saingan Liga Musim 2020
Ini 5 Syarat Untuk Kelab Jepun ‘Claim’ Pemain Muda Dengan Status ‘Homegrown Player’ Mereka