Untuk ‘claim’ seseorang pemain muda yang berbakat besar sebagai hasil dari program pembangunan sesebuah pasukan bukan semudah disangka, tetapi jika status itu berjaya menjadi milik pasukan itu ia pastinya menaikkan lagi kredibiliti mereka sebagai pusat pembangunan yang cemerlang.

Kami cuba melihat bagaimana Jepun melalui kelab-kelab J.League yang ketika ini berjumlah 55 buah kelab serta 3 pasukan bawah 23 tahun, mengklasifikasikan ‘homegrown player’ ini berdasarkan peraturan atau syarat yang telah ditetapkan.

GettyImages-1087459614-1-thumb-800xauto-215163

Mengikut manual peraturan ‘Homegrown Player’ yang dikeluarkan oleh J.League, ada 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah pasukan itu boleh ‘claim’ pemain muda tersebut.

5 syarat ‘Homegrown Player’ tersebut adalah;

  1. Pemain yang berusia 12 hingga 21 tahun, dan berdaftar dengan kelab untuk tempoh minima 3 musim atau 990 hari.
  2. Tempoh 3 musim tersebut tidak diwajibkan secara berturut-turut.
  3. Untuk pemain yang berusia bawah 21 tahun, jika mereka dipinjamkan ke kelab lain, kelab asal dibenarkan untuk mengambil kira tempoh masa pinjaman tersebut untuk memenuhi syarat.
  4. Tiada sekatan berkaitan warganegara, status profesional atau amatur seseorang pemain.
  5. Sekiranya pemain tersebut pernah didaftar dengan status khas oleh JFA dan J.League, mereka tidak layak untuk dimasukkan dalam kategori ‘homegrown player’.

Jika seseorang pemain itu memenuhi semua syarat yang dinyatakan diatas, maka kelab boleh ‘claim’ beliau sebagai salah seorang produk ‘homegrown player’ mereka tanpa boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Untuk makluman juga, mulai musim 2019 J.League telah menetapkan bahawa pasukan yang beraksi dalam saingan J1 League perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain berstatus ‘homegrown player’, musim 2021 ditambah kepada 3 orang dan mulai musim 2022 kelab wajib mendaftarkan minima 4 orang pemain berstatus ‘homegrown player’.

yamaga_main

Kegagalan kelab untuk memenuhi syarat ini akan menjejaskan kuota pemain yang boleh didaftarkan dalam skuad utama mereka yang berstatus kontrak PRO A musim berikutnya.

Contoh: Jika Urawa Reds hanya mendaftarkan 1 pemain berstatus ‘homegrown player’ musim 2020 ini, kuota pendaftaran skuad utama mereka yang berstatus PRO A musim 2021 akan dikurangkan 1 pemain.

Ini adalah diantara mekanisma baru yang diterapkan oleh J.League bagi menggalakkan penggunaan pemain muda selain memberikan pendedahan yang cukup demi mencapai visi 100 tahun yang mereka sasarkan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

AFC MA Ranking: Kini Filipina Pintas Tajikistan Pula Untuk Menghuni Tangga Ke-12 Asia

Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?

Sumber