Dalam saingan liga di sekitar rantau Asia, satu perkara yang jarang kita lihat sesebuah pasukan menggunakan penjaga gol import dimana mereka biasanya lebih gemar untuk menggunakan pemain tempatan bagi mengawal pintu gol pasukan.
Akan tetapi, senario tersebut dilihat sudah berubah terutamanya di liga nombor satu Asia, J. League dimana beberapa pasukan lebih gemar menggunakan penjaga gol import berbanding pemain tempatan.
Dalam saingan musim 2020, sebanyak 12 pasukan mendaftarkan 13 penjaga gawang import dimana sembilan daripadanya berasal dari Korea Selatan dan empat lagi datang dari negara seperti Thailand, Brazil, Poland dan Australia.
Menurut laporan Siam Sports, bekas pemain Jepun, Masakuni Yamamoto berpendapat penjaga gol asing terutamanya dari Korea Selatan menjadi pilihan kerana mempunyai kemampuan serta kualiti yang sedikit lebih baik berbanding penjaga gol Jepun.
Perkara ini tentu saja mendatangkan kerisauan di kalangan peminat skuad kebangsaan Jepun dimana mereka risau penjaga gol tempatan kekurangan game time dan akan bergelut sekiranya beraksi di peringkat antarabangsa.
Tambah Yamamoto, kebanjiran penjaga gawang asing ini telah membuatkan kelab kini memberi peluang kepada penjaga gol muda dalam pasukan untuk berada dalam matchday squad dalam setiap perlawanan liga.
Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sendiri turut mempunyai program di mana mereka mahu membangunkan penjaga gol muda seawal usia 15 tahun bagi memastikan pasukan kebangsaan negara itu tidak ketandusan penjaga gawang berkualiti.
Baca artikel lain mengenai saingan J. League di sini:
Le Cong Vinh Percaya Doan Van Hau Mampu Menyinar Di J. League
Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan
Rating Pemain Thailand Di J. League: Theerathon Paling “Perform”, Teerasil Mengecewakan