Bekas penyerang skuad kebangsaan Vietnam, Le Cong Vinh percaya pemain muda negara itu, Doan Van Hau mampu untuk menyinar di saingan J. League setelah gagal menampilkan persembahan terbaik bersama kelab Eredivisie, Heerenveen.
Setelah menjalani tempoh pinjaman selama setahun, Van Hau pulang ke Vietnam pada awal Ogos ini dan beliau kembali ke pangkuan Hanoi FC. Selama berada di sana, pemain pertahanan itu hanya beraksi selama empat minit, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.
Akan tetapi, Cong Vinh berpendapat tempoh Van Hau di Belanda bukanlah satu kegagalan dimana pada usia muda, pemain itu telah beraksi di Eropah dan itu merupakan satu pengalaman yang baik.
“Saya beritahu Van Hau perjalanan beliau di Belanda adalah satu kejayaan, bukan kegagalan. Jika melihat kepada jumlah penampilan, itu merupakan satu cabaran.
“Jika Van Hau beraksi di tengah atau sebagai penyerang, maka beliau akan mendapat peluang yang lebih banyak. Di bahagian pertahanan biasanya jurulatih tidak akan membuat banyak perubahan. Mereka jarang menukar dua pemain di tengah, dua full back dan penjaga gol,” kata penyerang yang telah menjaringkan 51 gol untuk Vietnam itu.
“Jika kita bercakap mengenai full back Vietnam, Van Hau merupakan pemain nombor satu ketika ini dimana beliau mempunyai kelebihan dari segi kemampuan individu dan kekuatan fizikal. Saya berpendapat Van Hau akan mendapat lebih banyak peluang beraksi di peringkat tertinggi terutamanya Asia.
“Sepeti contoh saingan J. League. Pemain Thailand, Theerathon Bunmathan boleh menyinar di sana. Mengapa tidak bagi Van Hau?,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai Le Cong Vinh dan Doan Van Hau di sini:
Doan Van Hau: Vietnam Mampu Cipta Kejutan Di Kelayakan Piala Dunia
Kerana Gaji Terlalu Tinggi, SC Heerenveen Tidak Sambung Kontrak Doan Van Hau
Le Cong Vinh Anggap Vietnam Belum Mampu Cabar Pasukan Gergasi Rantau Asia