Penjaga garisan Liga Perdana Inggeris yang dituduh menyiku bintang Liverpool, Andrew Robertson telah diggugurkan daripada tugasan minggu ini.
Baca Juga:
- Liverpool vs Arsenal: The Reds Bangkit Ikat The Gunners Di Anfield
- Gary Neville Salahkan Xhaka Punca Arsenal Dihambat Liverpool
- Insiden Tolak Pengadil, Mitrovic Digantung 8 Perlawanan
Ketika pemain Liverpool dan Arsenal meninggalkan padang untuk separuh masa semasa mereka seri 2-2 pada hujung minggu, penjaga garisan Constantine Hatzidakis terlibat dalam insiden dengan Robertson.
Liverpool bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan mengikat Arsenal 2-2. Membuatkan persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Man City kini kembali terbuka.
Selain daripada darama 2-2 di atas padang, berlaku juga insiden ketika rehat separuh masa.
Di mana penjaga garisan telah menyiku Robertson.
Semasa pertikaman lidah yang panas dengan pemain itu, Hatzidakis kelihatan menyiku bek sisi Liverpool itu yang datang merapatinya.
Apabila melihat rakaman tersebut yang tular, PGMOL telah melancarkan siasatan, mengesahkan hukuman Hatzidakis.
Satu kenyataan berbunyi: “PGMOL tidak akan melantik Constantine Hatzidakis untuk perlawanan dalam mana-mana pertandingan yang dia seharusnya bertugas, sementara FA menyiasat insiden yang melibatkan penolong pengadil dan pertahanan Liverpool Andrew Robertson di Anfield.”
BREAKING: The PGMOL will not be appointing Constantine Hatzidakis to fixtures in any of the competition it serves whilst The FA investigates the incident involving the assistant referee and Andrew Robertson 🚨 pic.twitter.com/ovnOKf4LpB
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 10, 2023
Ada juga yang mempersoalkan kenapa PGMOL mengambil masa yang lama untuk siasatan insiden tersbut. Bukankah ada VAR, dan insiden itu berlaku di dalam padang.
Selain itu, seorang peminat menyatakan bahawa, pegawai perlawanan yang mengasari pengadil seharusnya dikenakan tindakan yang sama berat sebagaimana pemain mengasari pengadil sebagai tanda ‘mutual respect’.
Did the assistant referee elbow Andy Robertson? pic.twitter.com/dAYCgeVjhY
— Tony (@TonyL_01) April 9, 2023
Pengurus The Reds Jurgen Klopp turut bersuara mengenai perkara itu.
“Saya tidak melihatnya dan saya kini jelas mempunyai masa untuk menontonnya tetapi saya tidak melakukannya hanya kerana saya tidak boleh memberikan jawapan yang salah kepada kamu,” kata Klopp selepas perlawanan.
“Saya membiarkan gambar itu berbicara. Saya tidak boleh mengatakan lebih banyak. Saya tidak melihat sedikit pun.”
Terdapat beberapa insiden yang melibatkan pemain dan pengadil musim ini, terutamanya penyerang Fulham Aleksandr Mitrovic yang menyentuh pegawai perlawanan semasa kekalahan suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Dan pemain itu disahkan digantung untuk 8 perlawanan. Di masa lalu juga terdapat beberapa insiden melibatkan kontak fizikal ke atas pengadil di mana pemain dianggap melakukan kesalahan serius.