Pengurus Nantes, Antoine Kamboure menjadi perhatian lagi pada bulan Ramadan selepas menggugurkan nama pemain yang ingkar larangan berpuasa yang ditetapkannya.
Ketika di PSG lagi dia sudah mengenakan larangan berpuasa kepada pemain pada hari perlawanan.
Kini dia sekali lagi menegaskan perkara yang sama ketika di Nantes. Di mana pengurus Nantes Kamboure menggugurkan nama pemain bek kiri kebangsaan Algeria, Jaouen Hadjam daripada pasukannya kerana ingkar larangan berpuasa ditetapkannya.
Ianya gara gara pemain itu memutuskan untuk terus berpuasa pada hari ini, pada hari Ahad yang juga hari perlawanan.
Nantes akan berdepan dengan Reims dalam aksi Ligue 1. Tindakan Jaouen Hadjam itu membuatkan pengurus Nantes terus membuang namanya daripada pasukan untuk tugasan kali ini.
Pasukan yang digelar Les Canaris itu memuat naik nama pemain yang terlibat dalam tugasan kali ini. Dan tiada nama Hadjam di dalamnya.
π ππ² π΄πΏπΌππ½π² π°πΌπ»ππΌπΎππ²Μ par Coach KombouarΓ©. #fcnsdr pic.twitter.com/CWQRKfvjDg
— FC Nantes (@FCNantes) April 1, 2023
Quest France mengesahkan bahawa pengurus Nantes, Antoine Kamboure tidak dapat menerima pemain beragama Islam yang memutuskan untuk berpuasa pada hari perlawanan.
Laporan yang sama menyebut bahawa Jaouen Hadjam sudah memberikan sedikit toleransi dengan bersetuju untuk tidak berpuasa bagi hari perlawanan yang melibatkan aksi di tempat lawan.
Namun pemain itu enggan untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan di tempat sendiri.
π¨π«π· Nantes manager Antoine KombouarΓ© has decided to drop Jaouen Hadjam from his squad today.
This was after the player refused to break his Ramadan fast on matchday after a direct request from the coach himself, reports @RMCsport. pic.twitter.com/HR2BXI5Rrg
— EuroFoot (@eurofootcom) April 2, 2023
Kamboure pernah menyatakan pandangannya tentang puasa di kalangan pemain Muslim pada bulan Ramadan pada 2009. Ketika itu dia menjadi pengurus PSG.
Dan doa berkata: “Peraturan saya muda, saya tiada masalah dengan pemain yang mahu berpuasa. Namun mereka tidak akan berada dalam pasukan saya pada hari perlawanan, jika mereka berpuasa pada hari perlawanan.”
“Berpuasa pada hari perlawanan adalah dilarang di dalam pasukan saya. Kepada pemain yang memutuskan untuk terus berpuasa pada hari tersebut, di bulan Ramadan, sila duduk sahaja di rumah.”
“Sebab saya tidak akan cuba bermain api dengan kesihatan pemain dan meletakkan rakan sepasukan mereka dalam masalah.”
“Apabila kamu tidak makan untuk satu hari, ianya akan menjadi rumit.”
Quest France melaporkan bahawa hanya Jaouen Hadjam yang ingkar dengan peraturan Kamboure. Manakala pemain Muslim yang lain menerimanya.
Ramai peminat bola sepak berbagi pendapat tentangnya. Ada yang mengambil contoh aksi Liverpool dan Manchester City.
Di mana pemain seperti Mohamed Salah, Riyad, Mahrez, Ilkay Gundogan tetap diturunkan dalam aksi tersebut yang berintensiti tinggi. Juga aksi itu berlangsung pada tengahari.