Sebelum ini media di Perancis melaporkan pengurus Nantes iaitu Antoine Kombouare telah menggugurkan nama pemain yang berpuasa pada hari perlawanan, sebagai sebahagian polisi kelab.
Baca Juga:
- Pengurus Nantes Gugurkan Pemain Yang Ingkar Larangan Berpuasa Pada Hari Perlawanan
- Liverpool vs Arsenal: The Reds Bangkit Ikat The Gunners Di Anfield
- Manchester United vs Everton: Red Devils Cemerlang, Marcus Rashford Cedera
Kombouare berkata dia tak akan sesekali mengubah polisi dan peraturan itu sejak 20 tahun menjadi jurulatih.
Kombouare mendapat banyak kritikan kerana menggugurkan nama Jouane Hadjam kerana pemain itu berkeras untuk terus berpuasa pada hari perlawanan.
Walaupun ternyata banyak pasukan elit eropah lain sudah menemui diet dan latihan khas untuk pemain berpuasa, namun bagi Kombouare, dia sudah menetapkan peraturan dan pemain membuat pilihan untuk mengikutinya atau tidak.
“Saya jurulatih di sini, dan saya yang membuat peraturan. Jadi terpulang kepada pemain untuk mengikutinya atau tak.”
“Saya sudah menyatakan bahawa pemain yang berpuasa pada hari perlawanan tidak akan terlibat di dalam skuad.”
“Saya tidak menentang pemain yang membuat pilihan untuk berpuasa. Saya malah menyokong dan melindungi mereka agar tidak mengalami kecederaan.”
“Mereka tidak bersarapan pagi dan tidak makan tengah hari, jadi kami melindungi mereka.”
“Misalnya, kami yang lain melakukan sesi latihan berganda. Pemain yang berpuasa akan berehat selepas 1 sesi latihan.”
“Pemain boleh berpuasa sepanjang minggu, termasuk ketika sesi latihan. Namun apabila tiba hari perlawanan, itu tidak boleh.”
Bercakap tentang nama spesifik yang ditulis media iaitu Jouane Hadjam, pengurus Nantes itu mengesahkan laporan itu benar.
“Kami ada 5 lagi pemain muslim yang lain, mereka berpuasa namun mereka tidak berpuasa pada hari perlawanan. Hanya Jouane Hadjam yang berpuasa pada hari perlawanan.”
“Saya menghormati pilihannya. Saya tak ambil tindakan disiplin. Namun apabila saya menghormati pilihannya, dia juga harus menghormati peraturan yang saya tetapkan. Mudah!”
“Saya jurulatih di sini, dan dalam hidup kita memang ada peraturan.”
🟢🟡 Nantes manager Antoine Kombouaré: "There is no problem with Hadjam. Once he has finished his Ramadan, he will be re-join the group."
"There's no controversy, this is not a sanction. I am a coach, there are rules of life. Those who do not respect this won't be selected." pic.twitter.com/Vdqt97cYTj
— EuroFoot (@eurofootcom) April 4, 2023
Sebenarnya Jouane Hadjam sudah memberikan kelonggaran bahawa dia sanggup tidak berpuasa untuk aksi di tempat lawan. Namun aksi di tempat sendiri dia tidak mahu ingkar suruhan agamanya hanya kerana bola.
Malangnya, toleransi itu tidak cukup untuk melebutkan hati pengurus Nantes dalam polisi pasukannya.