Pengurus SC Heerenveen, Johnny Jansen menegaskan pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau semakin hampir untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Sebelumnya, Van Hau banyak terlibat dengan skuad B-22 tahun Heerenveen dan hanya beraksi selama empat minit bersama pasukan utama, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.

Pengurus
Sumber Gambar: Sports442.com

“Pada mulanya saya rasa kami membuat kesilapan dengan memandang rendah tempoh yang diperlukan Van Hau untuk beradaptasi dengan persekitaran bola sepak di Eredivisie setelah sebelumnya beraksi di Vietnam.

Pemain berbakat seperti beliau memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk menyesuaikan dan mempersiapkan diri bagi beraksi di Eropah.

“Sebelum ini mungkin kami tidak memberikan maaa yang cukup untuk Van Hau. Namun, dia kini semakin hampir untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama,” kata Johnny.

Pengurus
Doan Van Hau

Tambah Johnny, pihak kelab sedang mengadakan perbincangan dengan Hanoi FC bagi memperpanjang kontrak pinjaman pemain berusia 21 tahun itu yang akan berakhir pada Jun ini.

Van Hau menyertai Heerenveen secara pinjaman daripada Hanoi pada November tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Kelab Eropah Berminat Dapatkan Khidmat Pertahanan SC Heerenveen, Doan Van Hau

Hanoi FC ‘Buka Harga’ Jualan Doan Van Hau RM7 Juta, Perbincangan Akan Diadakan Pada Minggu Depan

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan