Beberapa kelab di Eropah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kelab Eredivisie, SC Heerenveen iaitu Doan Van Hau.

Kelab asal Van Hau, Hanoi FC dikhabarkan menerima beberapa tawaran untuk mendapatkan tandatangan Van Hau apabila kontrak pemain tersebut bersama Heerenveen tamat. Namun, Hanoi enggan mendedahkan pasukan mana yang membuat tawaran.

Eropah
Sumber Gambar: Twitter Doan Van Hau

Masa depan pemain berusia 21 tahun itu bersama Heerenveen masih belum jelas dimana sebelum ini pihak kelab dikatakan mahu melepaskan lima pemain yang menjadi penerima gaji tertinggi dalam pasukan.

Selain itu, peminat turut membuat desakan agar pihak kelab tidak menyambung kontrak pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu kerana dinilai tidak memberikan sumbangan terhadap pasukan.

Pengarah kelab Heerenveen, Gerry Hamstra pula memberi bayangan pihak kelab akan mengadakan perbincangan dengan Hanoi bagi menyambung kontrak Van Hau.

Eropah
Sumber Gambar: Eredivisie

“Kes Van Hau ini adalah satu kes yang berbeza. Sejak dari awal kami faham bahawa beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di negara baharu.

“Jika saya datang ke Vietnam, sebuah negara baharu, saya juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri,” kata Hamstra.

Setakat ini, Van Hau banyak terlibat bersama pasukan pembangunan dan hanya beraksi selama empat minit bersama pasukan utama Heerenveen, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Hanoi FC ‘Buka Harga’ Jualan Doan Van Hau RM7 Juta, Perbincangan Akan Diadakan Pada Minggu Depan

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan

Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau