Juara saingan V.League 1 2019, Hanoi FC dilaporkan akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pasukan SC Heerenveen berkaitan masa depan pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau.

Ketika ini, Hanoi FC bersikap terbuka mengenai Doan Van Hau dan memberikan peluang untuk pemain itu untuk terus bersama SC Heerenveen sekiranya kelab yang berpangkalan di Friesland itu bersetuju untuk membeli terus dengan harga yang dipersetujui.

Selain itu, Hanoi FC juga siap sedia untuk menerima kembali pemain itu dalam baki perlawanan saingan V.League 1 sekiranya Doan Van Hau gagal mendapat tempat di Belanda selepas ini.

Menurut sebuah laporan dari SiamSport, Doan Van Hau boleh menjadi miliki SC Heerenveen dengan kontrak penuh jika membuat tawaran pembelian pada harga €1.5 juta atau RM7 juta!

doan-van-hau-1

Ada juga kemungkinan tempoh kontrak pinjaman beliau akan dilanjutkan bergantung kepada perbincangan pihak pengurusan kedua-dua buah kelab itu nanti. Doan Van Hau sebelum ini hanya pernah turun beraksi dalam 1 penampilan bersama skuad senior dan hanya turun dalam 4 minit baki permainan dalam kejohanan KNVB Cup.

Sehingga kini beliau masih belun diturunkan dalam sebarang kejohanan Eredivisie dan banyak beraksi untuk skuad remaja – Jong Heerenveen, dan menjadi tonggak utama barisan pertahanan pasukan itu.

Mengikut kemaskini laman sosial rasmi penyokong SC Heerenveen pula melaporkan sebaliknya apabila mengatakan Doan Van Hau tidak akan disambung kontrak bersama 7 lagi pemain lain iaitu Daniel Hoegh (78 perlawanan), Warner Hahn (78 perlawanan), Sven Botman (30 perlawanan), Jens Odgaard (27 perlawanan), Ricardo van Rhijn (23 perlawanan) and Alen Hallilovic (20 perlawanan).

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Adisak Kraisorn Jual Durian Kualiti Premium Secara Online, Jenama ‘Durian by AK9’ Dijual Pada Harga RM120 Sebekas

Stesen TV Vietnam ‘Tidak Mampu’ Bayar Hak Penyiaran Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Yang Terlalu Mahal

Sumber