Stesen TV di Vietnam sedang ‘sakit kepala’ memikirkan bagaimana mereka mahu membayar hak penyiaran kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 yang dilaporkan terlalu tinggi.

Pasukan kebangsaan Vietnam menerima perhatian yang cukup tinggi dari perspektif komersil, dimana semuanya bermula apabila skuad U23 mereka berjaya muncu naib juara kejohanan AFC U23 2018 yang lalu dan telah mencipta satu fenomena baru bukan sahaja untuk penyokong mereka tetapi juga untuk pemegang hak penyiaran.

Selain itu, ‘demam’ tersebut juga tidak hanya melanda Vietnam malahan kesan itu turut di rasakan di Korea Selatan, negara asal ketua jurulatih mereka – Park Hang-seo.

Sebelum bermulanya saingan Sukan SEA 2019, skuad Vietnam mengadakan perlawanan persahabatan di China dan perlawanan itu disiarkan melalui saluran KBS. Pengaruh yang ada pada Park Hang-seo itu cukup kuat sehinggakan sejurus selepas tamat kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 yang lalu, pemegang hak penyiaran Lagardère Sports and Entertainment (LSE) sudah mula melakukan rundingan untuk edisi 2020.

ST_20181216_SPTVIET_4487270

Mengikut artikel yang disiarkan oleh Bongda Plus, berdasarkan kajian, tawaran menyiarkan kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 itu nanti bernilai sekitar USD5 juta atau RM21.8 juta – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding edisi 2016 dan ini telah menyebabkan penyiar di Vietnam tidak dapat membuat keputusan samada mahu membeli atau pun tidak .

Dengan keadaan semasa, banyak perniagaan dan syarikat yang terkesan perolehan dan sukar untuk mereka membelanjakan nilai yang besar kepada stesen penyiaran bagi edisi 2020.

Disamping itu, berita mengenai Thailand yang tidak pasti mahu menghantar skuad utama mereka atau pun tidak dalam AFF Suzuki 2020 nanti juga banyak menyebabkan edisi kali ini telah mengurangkan daya tarikan dikalangan penonton di Vietnam dan akan memberikan kesan kepada ‘eyeball’ program itu.

Mengapa Harga Hak Penyiaran Tinggi?

LSE sebagai pemegang hak penyiaran TV secara global untuk kejohanan AFF Suzuki Cup kini dikatakan telah menukar method jualan.

Jika sebelum ini, hak penyiaran boleh dibenarkan untuk split, dimana edisi 2018 VTV memiliki hak menyiarkan perlawanan diplatform free-to-air dan Next Media pula memiliki hak penyiaran tv kabel, IPTV, OTT, radio, internet, sosial media dan mobile network.

Kini, LSE hanya akan menjual semua pakej itu dalam bentuk bundle semua sekali dan menyebabkan harga hak penyiaran kejohanan itu menjadi terlalu mahal.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Sumber