Media dari negara jiran, Thailand kelihatan begitu terdesak untuk membantu pasukan Vietnam meraih kemenangan keatas Malaysia apabila perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 disambung semula nanti.
Menggunakan kedudukan Vietnam yang mendahului kumpulan G dengan 11 mata, media Thailand menyimpan harapan Malaysia akan tewas ditangan Vietnam seterusnya membuka peluang lebih besar untuk mereka memintas Malaysia.
Mereka juga telah berpakat membuat beberapa analisis amatur dengan dan melihat Vietnam perlu mengubah formasi dan taktikal permainan ketika bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Media dari Thailand menyatakan bahawa pasukan Vietnam memerlukan sekurang-kurangnya 6 mata lagi untuk mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022. Dan untuk mencapai sasaran itu, Vietnam perlu melakukan pertukaran formasi berdepan Malaysia nanti selepas pendekatan semasa sudah dibaca pihak lawan.
Formasi 5-4-1 yang digunakan Park Hang-seo kini mungkin sudah dapat dibaca dan mereka mencadangkan supaya Vietnam menggunakan formasi 3-6-1, 3-2-4-1 atau 4-6-0.
Selain itu, artikel yang diterbitkan di StadiumTH itu juga menjelaskan bahawa Park Hang-seo memerlukan pemain diposisi serangan yang lebih baik, namun berdepan kekangan ketika ini kerana saingan liga terhenti.
Berdasarkan pemerhatian semasa, Nguyen Van Quyen adalah penyerang yang memiliki kebarangkalian tinggi mengisi posisi itu selain Ha Minh Tan dan Quang Nam. Dan kini 3 pemain tengah yang semakin mendapat perhatian Park Hang-seo adalah Huy Huy, Khac Ngoc dan Duong Van Hao.
Park Hang-seo Memang Sedang Mencari Formasi Baru
Dalam artikel dari Bongda Plus minggu lalu, pihak media Vietnam mengesahkan bahawa Park Hang-seo bersama pembantunya sedang mengatur formasi baru yang paling ampuh menjelang perlawanan seterusnya.
Gambar dari dalam bilik perbincangan itu telah tersebar tactical board yang jelas menunjukkan beberapa formasi baru yang cuba dibawa oleh barisan kejurulatihan Vietnam itu nanti.
Beberapa pemain utama yang sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan serius serta prestasi yang kurang konsisten menjadi sebab lain Park Hang-seo terpaksa menukar formasi serta taktikal lain berdasarkan pemain yang ada dalam perancangannya ketika ini.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya
Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?
Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand