Ketua jurulatih baharu TRW Kelantan FC, Marco Ragini mahu mendapatkan khidmat penjaga gol baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana mana-mana penjaga gol yang berminat boleh menghantar resume kepada pihak pengurusan.
“Marco Ragini, Ketua jurulatih pasukan TRW Kelantan FC masih mencari penjaga gol terbaik. Jika anda adalah PENJAGA GOL yang dimaksudkan, hantarkan RESUME/CV anda ke [email protected]
“Hantarkan resume anda sebelum / pada 26 JANUARI 2021.
Ini bukanlah kali pertama Kelantan mencari khidmat profesional menerusi laman media sosial dimana sebelum ini mereka pernah mencari khidmat ketua jurulatih dan pengarah teknikal melalui platfom media sosial.
Bagi menghadapi saingan musim 2021, juara Liga Super musim 2012 itu bakal menggunakan khidmat pemain muda setelah beberapa pemain berpengalaman meninggalkan pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini: