Penyerang import pasukan Selangor, Ifedayo Olesegun mungkin didaftarkan sebagai pemain yang mengisi kuota pemain import Asia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan Stadium Astro , Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pihaknya sedang berusaha bagi membantu Ifedayo mendapat pasport Bahrain.

Ifedayo Olesegun
Sumber Gambar: FA Selangor

“Ada kemungkinan untuk Ifedayo diletakkan dalam kuota import pemain Asia tetapi belum ada apa-apa pengesahan buat masa ini.

“Kerana ia terpulang kepada pihak Ifedayo dan ejennya. Proses itu sudah bermula tetapi masih belum ada apa-apa kepastian kerana kami masih ada masa untuk mendaftarkan pemain.

“Saya berharap ia dapat berlaku kerana kami akan mendapatkan lebih kefleksibelan. Jadi sekarang kami sedang menunggu pihak Ifedayo dan jika betul dia boleh diletakkan dalam kuota Asia, Alhamdulillah, dan jika tidak, kami perlu melupakan perkara itu,” katanya.

Ifedayo Olesegun
Sumber Gambar: Liga-Drei.de

Selain Ifedayo Olesegun, ketika ini Selangor telah menandatangani dua lagi pemain import iaitu Tim Heubach dan Safuwan Baharudin (Asean).

Skuad kendalian Kasrten Neitzel itu telah melepaskan dua pemain import dari saingan musim 2020 iaitu Rufino Segovia dan Sandro Da Silva.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Semua Pasukan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Menjalani Latihan Sepanjang PKP

Kehadiran Dua Pemain Muda Ghana Dalam Selangor FC II Bakal Buka Peluang Perniagaan Bola Sepak

RASMI: Dominique Da Sylva Penggempur Baharu Kuala Lumpur United