Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) semalam mengesahkan kemasukan dua pemain muda Ghana secara pinjaman dari kelab bola sepak Accra Lions iaitu George Attram yang berusia 20 tahun dan Jordan Ayimbila yang berumur 19 tahun.
Kedua-dua pemain itu yang masing-masing beraksi di posisi penyerang dan pertahanan akan menyertai pasukan Selangor II dalam saingan Liga Premier musim ini.
Accra Lions FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Timur Legon, Accra dan beraksi dalam saingan Ghana Division One iaitu liga divisyen ke-2 disana. Ketua jurulatih kelab ini adalah Rainer Kraft yang berasal dari Jerman.
Striker George Attram and defender Jordan Ayimbila will join Malaysian giants Selangor FC on loan with immediate effect.
George and Jordan will start their career in Asia in the feeder team of Selangor FC, playing on 2nd-tier level in Malaysia. All the best boys!#accralions pic.twitter.com/35ZKL7xBg4— Accra Lions F.C. (@AccraLionsFC) January 18, 2021
Malah, Rainer juga merupakan rakan baik kepada Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner.
Menurut Michael, beliau melihat kerjasama ini merupakan peluang untuk Selangor memasarkan bakat pemain import ke kelab di luar negara pada masa hadapan dan terlibat dalam perniagaan bola sepak.
“Ketua jurulatih Accra Lions FC, Rainer Kraft Accra adalah kenalan saya. Pasukan ini telah menghasilkan ramai pemain muda Afrika yang bermain di kelab Eropah dan Timur Tengah. Jadi, saya yakin tidak akan ada masalah untuk George dan Jordan untuk menyesuaikan diri dengan DNA bola sepak Selangor FC.
“Bagi saya, ini ada peluang besar dalam perniagaan bola sepak. Mereka dapat mengembangkan bakat mereka di sini.
“Sekiranya mereka sudah bersedia dan jika ada kelab atau pasukan dari luar ingin mendapatkan mereka, kami bersedia memasarkan mereka untuk liga yang lebih besar pada masa hadapan.
“Ini bukan sahaja baik untuk masa hadapan kelab, malah ia juga bakal membuka peluang baru buat mereka sebagai pemain bola sepak professional di tahap yang lebih tinggi,” kata Michael dipetik dalam laman web rasmi Selangor FC.
Difahamkan semua pemain import pasukan Selangor FC II adalah berusia bawah 21 tahun dan setakat ini sudah 3 orang pemain ditandatangani termasuk seorang pemain muda dari Myanmar iaitu Hein Htet Aung.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
RASMI: Dominique Da Sylva Penggempur Baharu Kuala Lumpur United
Penyerang Arema FC Kini Hangat Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Sri Pahang FC
Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional