Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat pertembungan diantara Sri Pahang menentang Kuala Lumpur City dalam perlawanan pra musim Piala Menteri Wilayah Persekutan pada 17 Februari ini tidak menjadi kenyataan apabila skuad tok gajah mengumumkan penarikan diri.
Keputusan tersebut diambil kerana beberapa pemain Sri Pahang disahkan positif COVID-19 sekaligus memaksa mereka membatalkan penyertaan dalam perlawanan itu.
“Keputusan ini terpaksa diambil setelah beberapa pemain kami didapati positif Covid-19 dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin wajib.
“Kami memahami keputusan ini pastinya mengecewakan penyokong namun kesihatan dan keselamatan awam serta semua yang bakal terlibat di dalam perlawanan ini adalah menjadi keutamaan pada ketika ini.
“Kami juga memohon maaf kepada penganjur atas keputusan minit akhir ini dan mengharapkan persiapan KL City untuk aksi Piala Sumbangsih pada 26 Februari tetap berjalan lancar,” tulis kenyataan rasmi.
Dengan berat hati, dimaklumkan bahawa Sri Pahang FC telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di perlawanan persahabatan pra-musim Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang KL City pada 17 Februari ini. pic.twitter.com/YhGldVnwZX
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 15, 2022
Perkembangan itu turut disahkan oleh Kuala Lumpur City. Namun begitu, saingan Piala Menteri Wilayah Persekutuan tetap diteruskan seperti biasa dengan menentang pasukan lain.
“Walaubagaimanapun, Piala Menteri Wilayah Persekutuan akan diteruskan seperti biasa dengan pasukan yang berbeza. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi,” kata kenyataan KL City.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
75 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia Bakal Menyaksikan Pelancaran Jersi JDT
Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku
Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia
Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu