Seorang pemain kacukan Bangladesh-Jepun yang berusia 15 tahun tampil melakukan debut dalam perlawanan saingan J2 League diantara Tokyo Verdy bertemu Ehime FC telah mencuri tumpuan banyak peminat saingan bola sepak negara matahari terbit itu.
Riku Hashimoto pada 28 Febuari lalu mencapai usia 15 tahun 10 bulan 26 hari, muncul selaku pemain ke-3 paling muda dalam sejarah J.League sejak dimulakan pada tahun 1993 dan beliau berada dibelakang 2 pemain yang memiliki nama besar iaitu Takefusa Kubo dan Takayuki Morimoto.
Pemain yang bapanya berasal dari Bangladesh dan ibunya yang merupakan warga Jepun itu, sudah bersama dengan Tokyo Verdy sejak dari usia 12 tahun apabila menganggotai skuad Junior Youth kelab tersebut.
Apa yang lebih menarik, kelab Tokyo Verdy juga merupakan pemenang anugerah pembangunan bakat muda terbaik tahun 2020 dan itu adalah kali ke-3 mereka diberikan anugerah tersebut.
5 pemain dari akademi U18 2020, kini berada dalam skuad utama Tokyo Verdy menjadikan keseluruhannya seramai 11 orang dari 30 orang pemain skuad utama kelab itu adalah bekas pemain akademi mereka sendiri.
Berdasarkan maklumat terkini, Riku Hashimoto pernah hadir dalam program elit U14 JFA, calon skuad Jepun U15 dan sekarang bersama skuad Jepun U16.
Mungkin kelab ini kurang dikenali diperingkat Asia, tetapi mereka lebih banyak menghasilkan pemain muda berkualiti untuk mencabar dalam saingan J.League yang semakin kompetitif.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.
Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?
Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja
Kelantan FC Umum RM30,325 Untung Hasil 2 Perlawanan Pra-Musim, 50% Didermakan Kepada Tabung COVID-19