Hari ini pasukan Kelantan FC telah mengumumkan hasil kutipan, keuntungan setiap kelab dan kos penyiaran yang telah diperolehi hasil dari 2 perlawanan persahabatan pra musim bertemu pasukan Terengganu FC II dan juga Melaka United.
Melalui dua perlawanan persahabatan yang diadakan, Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50 dan berikut adalah pecahan hasil, kos serta sumbangan yang telah dibuat.
- Jumlah jualan Pass Eksklusif: RM 37,325.00
- Jumlah keuntungan keseluruhan: RM 30,325.00
- 50% Sumbangan Tabung Derma Covid: RM 15,162.50
- Keuntungan Terengganu FC II: RM2,813.25
- Keuntungan Melaka United: RM1,717.50
Pihak pengurusan Kelantan FC juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembeli pass eksklusif yang turut menyumbang kepada tabung derma COVID19 ini.
Lebih Banyak Untung Dari Bayaran Yang Diterima Musim 2020
Jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima pada musim 202, berdasarkan kemaskini oleh pemilik pasukan, Kelantan hanya menerima sekitar RM1,400 sahaja bagi perlawanan yang disiarkan oleh MyCujoo.
Angka ini sebenarnya menunjukkan bahawa dari 2 perlawanan itu Kelantan FC sudah berjaya memperolehi 672% pertambahan dari nilai yang diterima pada musim 2020.
Lebih menarik, kos untuk 2 perlawanan tersebut hanya RM7,000 sahaja!
Adakah perlu pasukan menggunakan inisiatif sendiri sebegini untuk mendapat lebih hasil berbanding menanti bulan jatuh ke riba dari MFL?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja
Ini Punca Mengapa Penyokong Bola Sepak Di Vietnam Tidak Mahu Membeli Jersi Kelab V.League