Sekitar 2 minggu yang lalu, seorang individu yang dikenali dengan nama Dzung Le telah melakukan satu survey berkaitan dengan masalah penyokong bola sepak di Veitnam yang tidak mahu membeli jersi kelab dalam saingan V.League.
Dzung Le yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kelab Pho Hien FC dalam saingan V.League 2, telah cuba untuk menyelami masalah ini untuk mengetahui punca sebenar penyokong yang tidak mahu membeli jersi pasukan.
Dalam survey itu, Dzung Le telah meletakkan 5 pilih punca masalah untuk diundi oleh para penyokong iaitu;
- Jersi mahal.
- Tidak cukup minat dengan kelab untuk membeli.
- Jersi tiruan lebih murah/bagus.
- Kualiti jersi yang tidak kena dengan harga.
- Tidak peduli bola sepak di peringkat kelab.
Why football fans in Vietnam don't want to buy a V.League club jersey?
5 days ago, I decided to take a dip in a 10k people Facebook group about Vietnam football to figure out. Closed poll today.
Voters can make multi-option vote and are free to add more option. pic.twitter.com/Wb1lxcmf5f
— Dzung Le (@ajshigeki) February 19, 2021
Hasil dari survey tersebut, maklum balas yang diterima adalah seperti dibawah dimana ia adalah 3 punca paling besar berdasarkan survey kali ini.
- 39.2% menyatakan bahawa jersi kelab V.League adalah mahal
- 19% menyatakan mereka tidak cukup meminati mana-mana kelab untuk membeli jersi.
- 18.3% menyatakan bahawa jersi kelab yang dijual tidak dihasilkan sama seperti yang digunakan oleh pemain dalam perlawanan dan tidak boleh mencuba jersi kerana tidak banyak kedai yang menjual jersi.
Daripada komen-komen yang di laman sosial pula, dapat diperhatikan bahawa isu distribution channel mungkin salah satu punca yang dirasakan perlu diberikan perhatian untuk mencapai audience yang lebih luas.
Over the last 9 years I don’t think I’ve been able to walk in to a shop in Ha Noi and buy a Ha Noi shirt.
Marketing/Sales strategies are also poor. Shirts often not available when the season starts and then come without sponsors or numbering/name options.
— Vietnam football (@soccervietnam) February 19, 2021
Interesting stuff! As mentioned in this thread I’ve never seen Hanoi tops in a shop, even right next to the stadium. The other week I finally bought two tops (Danang and national team) and the Danang one was so cheap (225k I think?), after a discount I almost got it for free!
— Ray-Ray (@RayVersionTwo) February 19, 2021
Only country in the world on a round the world trip where I wasn’t able to buy an official shirt during my stay. That was 11 years ago too.
— Gary O’Hare (@Gazzel83) February 19, 2021
Tidak dinafikan dinegara seperti Vietnam, Kemboja dan Laos, kualiti jersi yang dihasilkan adalah tidak berkualiti berbanding harga yang dijual berdasarkan apa yang kami lihat sendiri ketika berada disana.
Di Malaysia, apa pula puncanya?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.