Pemain pemain Everton dilaporkan mendesak kelab untuk mengeluarkan nama pemain yang ditangkap kerana kes gangguan seksual ke atas kanak kanak.
Sebelum ini ada media telah memetik nama pemain lain termasuk Fabian Delph. Membuatkan pemain itu dikecam hebat sehinggakan Everton membuat penafian bahawa pemain tersebut ialah Delph.
Pada Jumaat, polis Greater Manchester menahan seorang pemain bola sepak profesional dan disahkan bermain dalam pasukan utama EPL.
Namun polis tidak menamakan pemain tersebut secara umum kerana undang undang. Dipercayai pemain tersebut berusia 31 tahun.
Walaubagaimanapun sudah banyak media percaya bahawa pemain itu ialah Gylfi Sigurdsson. Ini ditambah dengan kenyataan rasmi oleh Everton bahawa kelab menggantung seorang pemain pasukan utama buat sementara waktu bagi membantu siasatan polis.
A 31-year old Everton player has been arrested on suspicion of child sex offences. The millionaire footballer, who also plays for his country – had his home raided by police and was arrested on Friday.
✍️ Mirror pic.twitter.com/4BX1iDexhY
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) July 20, 2021
Everton dalam kenyataan mereka berkata: “Kelab boleh mengesahkan bahawa kami telah menggantung pemain tersebut bagi membantu siasatan polis. Kelab akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Dan buat masa ini, kami tidak boleh memberikan kenyataan lebih lanjut.
Pemain tersebut dikatakan tidak mengaku bersalah dan menafikan tuduhan tersebut.
Namun para pemain Everton yang lain merasakan adalah lebih baik kelab memberitahu umum nama pemain tersebut kerana mereka tidak mahu dikaitkan dengan spekulasi.
Seterusnya mereka berpendapat, pemain tersebut masih dalam siasatan dan bukan bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah di mahkamah.
Kelab diminta cuma menyatakan bahawa nama pemain itu masih dalam siasatan.
Sumber dalaman kelab menegaskan bahawa, ada ramai pemain tidak gembira dengan cara kelab mengendalikan masalah ini dan terpaksa terpalit dengan skandal tersebut.
Pemain pemain senior Everton terus menghubungi kelab sebaik sahaja membaca berita tersebut. Dan mereka mahukan kelab memberitahu siapakah gerangan pemain itu.
Dalam pertuduhan tersebut, pemain itu dikatakan melakukan gangguan seksual ke atas kanak kanak bawah umur.
Everton players want team-mate arrested over suspected child sex offences to be named https://t.co/W6Vlw0ZK1G pic.twitter.com/0lmP8fO1cQ
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 22, 2021
Baca juga artikel
Para pemain juga dilaporkan sudah mengadakan mesyuarat dan dikatakan sangat emosi dengan kes tersebut.
Peminat United Kecam Greenwood Kerana Pilih Messi Akan Sentiasa Lebih Bagus Daripada Ronaldo
La Masia Larang Gaya Rambut Pelik Dan Penggunaan Telefon Pintar Ketika Latihan
Aouar Menuju Ke Emirates, Arsenal Sedia Lepasi Angka £100 Juta Dalam Perpindahan Kali Ini