Joan Laporta memulakan semula tugasannya selaku presiden Barcelona buat kali kedua. Dan beliau mahu memperkasakan semula akademi La Masia.
Pada era Bartomeu, Barcelona terlalu menjadi kelab pembeli bintang dan sangat sedikit usaha untuk membangunkan bintang mereka sendiri seperti sebelum ini.
Pada era adanya Iniesta dan Xavi, walaupun Barcelona membeli beberapa bintang, mereka tetap progresif membangunkan ramai bakat muda yang berkelas dunia.
AS melaporkan, La Masia telah menetapkan beberapa peraturan baharu kepada pemain akademi bermula sekarang. Beberapa peraturan yang agak old school dikembalikan seperti larangan menggunakan telefon bimbit ketika berada di pusat latihan.
Para pemain muda perlu menyimpan telefon mereka diserahkan kepada pegawai bertugas yang akan menjaganya. Dan jika ada kecemasan, keluarga ataupun kenalan mereka boleh menghubungi kelab untuk memaklumkan kepada pemain tersebut. Mereka juga boleh menelefon telefon pemain dan pegawai akan menyerahkannya kepada pemain tersebut.
Seterusnya, La Masia juga melarang pemain akademi daripada mewarnakan rambut dengan warna yang terlalu menonjol atau flashy. Kecuali ia memang warna asal rambut pemain tersebut.
Pemain dilarang sama sekali menggayakan rambut yang pelik pelik.
AS melaporkan, peraturan ini bersesuaian dengan peraturan kebanyakan pusat pembangunan dan akar umbi bola sepak yang lain di Sepanyol. Cuma, biasalah, apabila pemain bermain untuk akademi La Masia, mereka kekadang terasa diri mereka besar daripada pemain muda lain.
Barcelona mahu kembali ke asasnya, di mana pemain muda perlu fokus sepenuhnya kepada pembangunan teknikal dan taktikal yang perlu dilakukan secara pesat.
Seterusnya, La Masia juga dikatakan risau dengan trend terkini pemain pemain muda yang terlalu bermedia sosial termasuk membuat video tiktok di sekitar kompleks kelab.
🚨| The usage of mobile phones during the training sessions, in the dressing room & during matches has been banned for the Barcelona youth players. 'Weird/Bizzare hairstyles' & 'Flashy hair colors' have also been prohibited, to restore the discipline & rigor.@fansjavimiguel [🎖️] pic.twitter.com/FXywA7E4i1
— Managing Barça (@ManagingBarca) July 21, 2021
Pemain pemain muda ini akan dipantau dengan ketat. Mereka akan dikenakan tindakan jika melanggar garis panduan yang ditetapkan. Ini termasuk memanggil pemain ke bilik kaunseling pemain.
Kelab akan menyelesaikan masalah itu secara dalaman dan tidak akan melibatkan pihak luar.
La Masia menyatakan bahawa, perkara itu harus diperketatkan semula kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak kelonggaran diberikan kepada pemain akar umbi.
Ini penting untuk legasi dan tradisi kelab serta membantu pemain itu sendiri untuk menjadi pemain elit seperti Messi, Xavi, Iniesta, dan ramai lagi.
Baca juga artikel
Aouar Menuju Ke Emirates, Arsenal Sedia Lepasi Angka £100 Juta Dalam Perpindahan Kali Ini
Tuchel Mahu Chelsea Dapatkan Declan Rice Yang Diletakkan Harga £100 Juta Oleh West Ham