Pemain Porto dan Braga terpaksa bekerjasama menolak ambulans yang rosak di tengah padang. Kejadian itu berlaku dalam aksi separuh akhir Taca de Portugal, perlawanan pertama.

Pemain yang menjadi sasaran Liverpool pada hari terakhir perpindahan lalu, David Carmo – mengalami kecederaan serius.

Dengan pasukannya Braga sudahh 1-0 di belakang, pemain pertahanan berusia 21 tahun itu menghalang Luis Diaz menggandakan kedudukan buat Porto.

Carmo yang digelar media Portugal sebagai ‘Virgil van Dijk seterusnya’ – pada awalnya dilihat cuma jatuh biasa. Tetapi penjaga gol mendapati rakannya itu mengerang kesakitan.

Pengadil kemudian meruju VAR, Diaz dilayangkan kad merah setelah ulang tayang mendedahkan dia menapak Carmo di pergelangan kakinya yang boleh menyebabkan kecederaan lebih serius.

Ambulans dipanggil ke dalam padang untuk membawa Carmo terus ke hospital.

Tetapi ketika kenderaan itu cuba bergerak keluar, ambulans itu tiba tiba rosak dan tak boleh dihidupkan. Ia memaksa kedua bintang Porto dan Braga menolaknya, meninggalkan bekas tayar yang dalam pada permukaan padang.

https://streamable.com/m72d2x

Ia memang detik yang sangat pelik. Di kala seorang pemain mengalami kecederaan serius, ambulans pula buat hal.

Braga menggunakan kelebihan seorang pemain dengan menjaringkan gol sangat lewat pada masa kecederaan minit ke-90+12.

Perlawanan separuh akhir pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Baca juga perkembangan lain

Piala FA: Rembatan McTominay Singkir West Ham

Alaba Mahu £400k Seminggu Dari Chelsea

Koeman: Kami Tak Patut Kalah