Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin melengkapkan perpindahan dengan menyertai juara J1, Kawasaki Frontale selepas hampir lima musim beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo.
Kawasaki mengumumkan ketibaan Chanathip pada hari ini dan kelab itu membayar yuran perpindahan sebesar JPY500 juta atau RM18.17 juta bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu sekaligus menjadi antara perpindahan termahal dalam saingan liga Jepun.
北海道コンサドーレ札幌所属のチャナティップ選手が、川崎フロンターレに完全移籍加入することが決定しました。https://t.co/YcWBUHst3t
ようこそ、川崎フロンターレへ! #frontale
มีการตัดสินใจว่าชนาธิปจะเข้าร่วมคาวาซากิฟรอนตาเล่ #チャナティップ #chanathip #ชนาธิป #ชนาธิปสรงกระสินธ์ pic.twitter.com/SRq0F9OwaG
— 川崎フロンターレ (@frontale_staff) January 11, 2022
Setelah Chanathip rasmi menyertai Kawasaki, kini timbul persoalan mengenai pengganti kepada pemain itu memandangkan beliau menjadi antara pemain utama bagi Consadole sejak beraksi bersama pasukan itu pada 2018.
Di sini, kami senaraikan pemain dari Asia Tenggara yang dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua pasukan Thailand itu.
1. Supachok Sarachat
Supachok menampilkan prestasi cemerlang pada perlawanan akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Indonesia yang menyaksikan Thailand memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-0.
Selain beraksi dengan baik bersama pasukan kebangsaan, Supachok turut menampilkan prestasi yang baik bersama kelabnya iaitu Buriram United.
2. Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai menjadi watak utama ketika Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki pada 2018 dan skuad B-23 tahun negara itu mara ke perlawanan akhir saingan AFC B–23 pada tahun yang sama.
Quang Hai dilihat sudah bersedia untuk beraksi di pentas yang lebih besar dan saingan liga Jepun sesuai untuk beliau.
3. Witan Sulaeman
Bermula dengan skuad B-19 tahun Indonesia, kini Witan menjadi salah satu pemain utama bagi skuad senior Garuda. Witan yang beraksi bersama Lechia Gdańsk di liga Poland baru-baru ini membantu Indonesia menjadi naib juara Piala AFF Suzuki 2020.
4. Egy Maulana Vikri
Sama seperti Witan, Egy bermula dengan skuad muda Indonesia dan kini menjadi pemain utama bersama skuad senior. Mempunyai pengalaman beraksi di beberapa negara Eropah seperti Poland dan Slovakia, Egy dilihat mempunyai kualiti yang cukup untuk menggantikan Chanathip di Consadole Sapporo.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
RASMI: “Ini Mungkin ‘Challenge’ Terakhir Saya.” – Kawasaki Frontale Umumkan Chanathip Songkrasin
Mesut Ozil Dilaporkan Bakal Sertai Kelab Liga 1 Indonesia Musim Depan
45 Pemain Laos Digantung Seumur Hidup Kerana Mengatur Perlawanan