Juara J1 League 2021, Kawasaki Frontale secara rasmi mengumumkan ketibaan pemain ASEAN paling berharga ketika ini, Chanathip Songkrasin selepas hampir sebulan mengadakan perbincangan mengenai perpindahan pemain itu.
Menurut apa yang dijelaskan oleh GM kelab Hokkaido Consadole Sapporo beberapa hari yang lalu, Kawasaki Frontale mula berhubung dengan mereka sekitar 23 Disember 2021 (hari perlawanan separuh akhir 1 Piala AFF 2020) yang lalu dan memberikan tawaran pertama untuk mendapatkan Chanathip Songkrasin.
Namun, tawaran itu ditolak serta-merta oleh Hokkaido Consadole Sapporo. yang mahu mengekalkan pemain yang banyak memberikan impak didalam dan luar padang itu.
Namun, Chanathip sendiri mahu kelab cuba untuk melepaskannya jika ada peluang yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.
北海道コンサドーレ札幌所属のチャナティップ選手が、川崎フロンターレに完全移籍加入することが決定しました。https://t.co/YcWBUHst3t
ようこそ、川崎フロンターレへ! #frontale
มีการตัดสินใจว่าชนาธิปจะเข้าร่วมคาวาซากิฟรอนตาเล่ #チャナティップ #chanathip #ชนาธิป #ชนาธิปสรงกระสินธ์ pic.twitter.com/SRq0F9OwaG
— 川崎フロンターレ (@frontale_staff) January 11, 2022
Kawasaki Frontale datang sekali lagi pada 28 Disember 2021 dengan tawaran seterusnya dengan satu angka yuran perpindahan yang tidak sangka begitu besar sehinggakan GM Hokkaido Consadole Sapporo menyatakan;
“Sepanjang hampir 30 tahun saya dalam bola sepak (JLeague), tidak pernah saya ingat yuran perpindahan sebanyak itu.”
Jelas, Kawasaki Frontale begitu serius mahu membawa Chanathip Songkrasin ke Todoroki Stadium untuk musim 2022 selepas beberapa pemain bintang mereka sudah bersama dengan kelab-kelab di eropah.
Selepas itumereka terus berhubung dengan Chanathip Songkrasin yang pada ketika itu berada di Singapura sehari sebelum perlawanan akhir 1 Piala AFF 2020 bertemu Indonesia.
“Saya mahu tinggalkan sesuatu yang besar untuk Consadole.”
“Bagi saya sendiri, ini satu ‘challenge’ baru dan mungkin percubaan terakhir saya.”
Selepas mendapat maklum balas begitu, kelab menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran Kawasaki Frontale yang dianggarkan sebesar JPY500 juta atau RM18.17 juta.
Seorang pemain yang memiliki fizikal kecil dari Asia Tenggara mampu memahat nama dalam sebuah liga antara yang terbaik di Asia.
Nota: Mungkin tidak ramai tahu Chanathip Songkrasin pernah menghadiri sesi ‘trial’ bersama Shimizu S Pulse pada 2013 tetapi gagal.
2013: Trial di Shimizu S Pulse ❌
2017: Loan ke Sapporo
2018: Permanent ke Sapporo
2022: Permanent ke Frontale? https://t.co/cEpJm95Mnu— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) January 7, 2022
Kenapa tidak ke liga bola sepak Asia Timur jika sukar menembusi eropah?
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Chanathip Songkrasin Sertai Kawasaki Frontale, ‘Transfer Fee’ Domestik Tertinggi Dalam Sejarah?
Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysia